616 kes baharu di Sabah

KOTA KINABALU 7 Nov. –  Jabatan Kesihatan Negeri Sabah melaporkan jumlah kes positif baharu Covid-19 di negeri ini adalah sebanyak 616 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 19,898 kes.

Tiga kematian dicatatkan iaitu dua dua di Kota Kinabalu dan satu di Kudat.

Pada hari ini, seramai 780 pesakit Covid-19 discaj / sembuh dari hospital manakala seramai 3,233 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 733 orang di hospital dan 2,500 orang di PKRC.

Bilangan pesakit Covid-19 dalam ICU ialah 67 orang dan 15 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated)

Daerah Kota Marudu berubah dari zon jingga ke zon merah, manakala Daerah Ranau bertukar dari zon jingga ke zon kuning pada hari ini.

Pada hari ini, terdapat satu (1) kluster baharu di Lahad Datu iaitu:

(i) Kluster Softwood mencatatkan sebanyak 14 kes.

Daripada 616 kes positif Covid-19 hari ini, sebanyak 214 kes (34.7%) adalah berpunca dari Kluster Pusat Tahanan Sementara Tawau, Kluster Penjara Sandakan dan Kluster Penjara Kepayan. Selebihnya iaitu 402 kes adalah dari lain-lain kategori.

Related posts

Leave a Comment