Thailand catat 12 kes

THAILAND merekodkan 11 kes import dan satu kes tempatan jangkitan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes yang direkodkan negara itu setakat ini adalah sebanyak 3,830 kes.

Jumlah kematian pula kekal 60.

Kes tempatan dikesan di Krabi yang melibatkan seorang lelaki warganegara India, 37 yang bekerja di restoran sebuah resort di wlayah itu

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) lelaki itu diuji positif pada Rabu apabila dia mengambil ujian saringan kesihatan untuk mendapatkan permit kerja.

Media melaporkan, lelaki itu tiba di Thailand tiga bulan lalu dan tidak pulang ke negaranya. Sebanyak 19 orang kontak rapat pesakit dikesan dan kesemua mereka didapati negatif.

Sembilan lagi kes yang dilaporkan Sabtu adalah mereka yang dikuarantin wajib masing-masing dua dari Perancis dan Amerika Syarikat dan setiap seorang dari Emiriyah Arab Bersatu, India, Mexico, Switzerland dan Netherlands.

Dua lagi kes melibatkan warganegara Myanmar yang telah dihantar pulang.

Related posts

Leave a Comment