Jumlah terkini 39,357 kes

PUTRAJAYA 7 Nov.  – Kes baharu Covid-19 kekal empat angka, apabila merekodkan 1,168 kes dengan jumlah kes aktif kebolehjangkitan 11,666 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kesemua kes baharu hari ini adalah penularan dalam negara dan tiada kes import dilaporkan.

Terdapat tiga lagi kematian baharu akibat wabak itu menjadikan jumlah keseluruhan maut, 282 kes.

Beliau berkata semua kes maut itu melibatkan warga negara yang meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Sabah.

Katanya, sehingga kini, terdapat 87 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 32 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Jumlah kes sembuh wabak Covid-19 dalam tempoh 24 jam di negara ini mencatat angka tertinggi setakat ini iaitu 1,029 individu, menjadikan kumulatif kes pulih sepenuhnya adalah 27,409 kes.

 

Related posts

Leave a Comment