Kes meningkat di Indonesia

JAKARTA 7 Nov. – Indonesia terus mencatatkan pertambahan kes jangkitan Covid-19 apabila merekodkan 4,262 kes baharu hari ini yang menjadikan kumulatifnya sebanyak 433,836 dengan kes aktif 54,879.

Provinsi Jakarta menambah 1,118 kes menjadikan kumulatif 111,201 diikuti Jawa Tengah 489 (37,080), Jawa Barat 476 (39,614), Jawa Timur 269 (54,349), Kalimantan Timur 265 (15.405).

Sebanyak 98 kematian dilaporkan yang membawa jumlah kumulatifnya mencapai 14,540 kes.

Jawa Tengah merekodkan 28 kematian dan kumulatifnya ketiga tertinggi iaitu 1,859 kes diikuti Jawa Timur 14 kes dengan kumulatif tertinggi iaitu 3,884 kes.

Jakarta menambah 11 kes meninggal dunia dan kedua tertinggi secara kumulatif iaitu 2.357 diikuti Jawa Barat tanpa kes serta kekal dengan kumulatif 761 kematian.

Sementara itu, kes sembuh harian dari Covid-19 merekodkan 3.712 orang menjadikan jumlah kesembuhan kumulatif 364.417 orang.

Jakarta merekodkan 989 kes, Jawa Barat 462, Riau 357, Jawa Tengah 301, Kalimantan Timur 299, Jawa Timur 267 dan Sumatera Barat 265

 

Related posts

Leave a Comment