247 kes baharu di Selangor

SELANGOR merekodkan 247 kes baharu di mana 96 kes daripada kluster sedia ada, 58 daripada kluster Teratai (baharu).

Sebanyak 65 saringan kontak rapat kes positif Covid-19 dan baki 28 daripada lain-lain saringan.

Klang mencatatkan kes tertinggi iaitu 121, Petaling, 35, Sepang dan Hulu Langat masing-masing 31, Gombak 14, Kuala Langat 12, Kuala Selangor 2 dan Hulu  Selangor 1. Tiada kes di Sabak Berna.

Sementara itu, Kuala Lumpur merekodkan 28 kes baharu yang meliputi 13 kes di

Kepong, Titiwangsa-4, Cheras-3 dan Lembah Pantai-8

Daripada 28 kes baharu, 6 dikesan dalam kluster sedia ada, 14 kes lain pula dikesan dalam kluster baharu iaitu Tapak Bina Damanlela dan Mahkota (14).

Lima kes dikesan daripada saringan kontak rapat dan baki tiga adalah daripada lain-lain saringan.

Putrajaya tidak melaporkan kes baharu hari ini.

Related posts

Leave a Comment