124 kru diselamatkan, 1 maut

SEORANG kru kapal meninggal dunia manakala 124 yang lain berjaya diselamatkan dalam satu insiden kecemasan di kapal platform Dayang Topaz di perairan Miri, pagi Selasa, 27 Oktober 2020.

Maritime Rescue Coordination Centre (MRCC Putrajaya) menerima aduan kira-kira pukul 6.45 pagi daripada kapal Sapura Construction yang menerima isyarat kecemasan daripada Dayang Topaz di posisi 7.7 batu nautika dari Kuala Baram, Miri.

Menurut Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Mohd Zubil Mat Som di Twitter, 125 kru terjun ke laut manakala 62 lagi masih ada di atas kapal setakat pukul 9.47 pagi.

Sebanyak 124 mangsa dapat diselamatkan, 62 mangsa selamat di atas Dayang Topaz.

Semua kru yang telah dijumpai diselamatkan oleh aset-aset bantuan dan kapal-kapal yang telah tiba di lokasi kejadian.

Hasil siasatan awal mendapati insiden berlaku disebabkan salah satu kabel sauh terputus ekoran cuaca buruk menyebabkan kapal hanyut dan melanggar platform pelantar minyak.

Aset-aset bantuan digerakkan ke lokasi merangkumi tiga kapal dan bot Maritim Malaysia bersama tujuh kapal dan bot milik syarikat Petronas dan Shell.

Related posts

Leave a Comment