389 kes baharu di Arab Saudi

SEBANYAK 389 kes baharu jangkitan Covid-19 direkodkan di Arab Saudi yang membawa jumlah keseluruhan 345,631 kes. Menurut Kementerian Kesihatan, 16 lagi pesakit meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 5,329 kematian. Bagi kes sembuh pula, sebanyak 426 kes direkodkan yang menjadikan jumlah pesakit yang pulih meningkat kepada 332,117 atau 96.09 peratus. Kes aktif pula sebanyak 8,185 di mana 778 kritikal. Sementara itu Madinah merekodkan 46 kes baharu diikuti Riyadh 44, Makkah 30, dan Jeddah 12 kes.

Read More

Indonesia hampiri 400,000 kes

JUMLAH kes jangkitan Covid-19 di Indonesia menghampiri 400,000 kes apabila kes harian hari ini, 27 Oktober merekodkan 3,520 kes menjadikan jumlah kumulatif 396,454 dengan 60,694 kes aktif. Kes tertinggi direkodkan di Jakarta dengan 781 kes menjadikan jumlah kumulatif 102,678 diikuti Jawa Barat 390 kes (34.745), Jawa Tengah 316 (32.414), Sumatera Barat 313 (13.373) dan Jawa Timur 289 (51.506). Bagi kes kematian, 101 pesakit meninggal dunia menjadikan jumlah kumulatif 13,512 di mana Jawa Timur mencatatkan 21 kes dan kumulatifnya  mencapai 3.704 kes, Jawa Barat 14 (708), Jawa Tengah 12 (1.701) dan…

Read More

185 wajib jalani saringan

DUA anak kapal disahkan meninggal dunia manakala 185 yang lain berjaya diselamatkan dalam insiden kecemasan di kapal platform Dayang Topaz di perairan Miri pada pagi Selasa,27 Oktober. Semua mangsa selamat tiba di Pelabuhan Miri pada jam 2.30 petang dan diberi rawatan awal oleh pasukan perubatan, demikian menurut Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). Tiada sebarang kejadian pencemaran marin dikesan dan kapal Dayang Topaz telah belayar menuju ke limbungan pembaikan kapal yang terdekat untuk pemeriksaan kerosakan sebenar. Sebelum ini, Pemangku Pengarah Bahagian Carilamat & Bantuan Bencana APMM, Komander Suzanna Razali Chan berkata,…

Read More

Elakkan sebarang pilihan raya

PUTRAJAYA : Kementerian Kesihatan (KKM) menyarankan agar tidak diadakan sebarang pilihan raya buat masa ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah. Bagaimanapun, sekiranya tidak dapat dielakkan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, KKM akan mengadakan perbincangan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk meneliti kaedah berbeza untuk melaksanakan pilihan raya. Pertama tidak boleh rentas sempadan, tiada rentas daerah dan tidak boleh balik kampung untuk pilihan raya. Kedua, tidak dibenarkan perhimpunan dan ketiga, tiada lawatan rumah ke rumah.  Ini adalah tiga isu utama yang kami perlu bincangkan dengan SPR sama ada kita boleh laksanakan undi pos dan sebagainya. Kami akan terus berbincang dengan…

Read More

35 lokaliti terlibat PKPB Nilai

SEBANYAK 35 lokaliti termasuk taman perumahan di Zon Nilai terlibat dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula tengah malam ini (28 Oktober) manakala sebahagian tiga jalan di Putra Point terlibat dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) hingga 10 November 2020. Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun berkata, jalan yang terlibat dengan PKPD akan ditutup dan dikawal oleh anggota keselamatan iaitu Jalan BBN 1/7A, Jalan BBN 1/7B, Jalan BBN 1/7E. Dalam kenyataan media, beliau berkata, semua yang mempunyai kontak rapat dengan Kluster Kaya dan tinggal di asrama Jalan BBN 1/2E…

Read More

Hanya 40 jemaah solat Jumaat

HANYA 40 jemaah dibenarkan untuk menunaikan solat Jumaat di masjid dan surau zon Nilai yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai 28 Oktober sehingga 10 November ini. Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dalam satu kenyataan berkata, kaedah penentuan jemaah adalah dengan pendaftaran secara manual atau ‘walk in’. iiSetiap jemaah atau orang ramai yang hadir hendaklah mengimbas QR Code My Sejahtera dan QR Code Masjid/Surau Jumaat yang disediakan di pintu- pintu masuk. Bagi solat fardhu, hanya Imam, Bilal dan Siak (tiga orang sahaja) yang bertugas dibenarkan berada…

Read More

Ada penurunan di Sabah

SABAH mencatatkan penurunan jumlah kes baharu sebanyak 517 kes (55.8 peratus) iaitu daripada 927 kes semalam kepada 410 kes hari ini, 27 Oktober 2020. Walaupun terdapat penurunan jumlah kes pada hari ini, KKM masih terus giat menjalankan aktiviti saringan dan pengesanan kes secara aktif di seluruh negeri Sabah. Ini kerana, masih terdapat sebanyak 44 kluster yang aktif di Sabah dan peningkatan kes harian tempatan masih boleh berlaku.

Read More

Zon merah, kuning di Selangor

HANYA zon kuning dan merah. Tiada lagi hijau di Selangor. Hari ini, 27 Oktober, Selangor mencatatkan 126 kes termasuk satu kes import. Sebanyak 59 daripada jumlah tersebut adalah daripada kluster-kluster sedia ada seperti Mentari, Hentian, Utama, Auto, Cahaya, Palma, Menara, Jambu dan Bah Kota. Sebanyak 42 kes lagi adalah dari saringan kontak rapat manakala baki 24 daripada lain-lain saringan Covid-19.

Read More

Sabah terus mendahului kes

  SABAH mendahului 410 kes baharu hari ini, lebih rendah berbanding semalam, 26 Oktober. Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 60 kes adalah dari kluster-kluster sedia ada dan kluster Lintas (baharu), 218 saringan kontak rapat dan 132 lain-lain saringan Covid-19 NEGERI SEMBILAN pula mencatatkan 155 kes melalui kluster sedia ada yang merekodkan 149 kes, empat kes saringan kontak rapat dan dua lain-lain saringan Covid-19. SELANGOR merekodkan 126 kes yang meliputi 59 kes kluster sedia ada, 42 saringan kontak rapat, 24 lain-lain saringan Covid-19 dan satu Kes import dari India LABUAN…

Read More