Kreativiti pembaca Utusan

CATATAN FB 2017.

UTUSAN Malaysia pernah menganjurkan Peraduan Menangsakan. Peraduan mudah di mana peserta perlu mengumpul keratan kepala akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia. Ramai yang menyertai dan menghantar penyertaan menggunakan kreativiti walaupun itu bukan syarat utama.

27.10.2017 : #UMENANGSAKAN
Pemilihan 202 pemenang Siri C #UMenangsakan berlangsung semalam. Banyak penyertaan diterima sama ada untuk peraduan Bulanan atau Bonanza bagi bulan Ogos. Walaupun pemilihan pemenang tidak berdasarkan kepada kreativiti tetapi ramai yang menghantar penyertaan mengikut kreativiti masing-masing. Ada yang menjadikan keratan kepala akhbar Utusan Malaysia/Mingguan Malaysia sebagai pokok, bunga, rama-rama, dan pelbagai lagi. Kepada para peserta, bersabar menunggu keputusan.

Related posts

Leave a Comment