Filipina 2,379 kes, Thailand 7

JABATAN Kesihatan (DoH) FILIPINA merekodkan 2,379 kes baharu Covid-19 setakat pukul 4 petang, 18 Oktober 2020 menjadikan jumlah keseluruhan kes 356,618 manakala kes aktif pula sebanyak 39,808. Sebanyak 50 lagi pesakit meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 6,652 kematian. DOH juga mengumumkan sebanyak 14,941 pesakit dilaporkan sembuh hari ini dan perkembangan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh 310,158. Sementara itu, THAILAND mencatatkan empat kes import dan tiga lagi kes jangkitan tempatan Covid-19 di wilayah utara negara itu yang bersempadan dengan Myanmar . Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) memaklumkan pesakit…

Read More

Kes turun kepada 348 kes

ARAB Saudi merekodkan penurunan kes kurang daripada 400 apabila catatan hari ini menunjukkan 348 kes jangkitan koronavirus Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara itu sebanyak 342,202. Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 20 lagi kematian dilaporkan akibat Covid-19 yang membawa jumlah keseluruhan pesakit yang meninggal dunia meningkat kepada 5,185 kes. Jumlah pesakit yang sembuh pula meningkat kepada 328,538 kes termasuk 373 pesakit yang dilaporkan pulih pada hari ini. Kes aktif pula 8,479 di mana 825 kritikal. Daripada jumlah kes baharu yang direkodkan hari ini, Madinah merekodkan kes tertinggi iaitu sebanyak 73…

Read More

Empat kluster baharu

KEMENTERIAN Kesihatan mengenal pasti empat kluster baharu iaitu Kluster Bah Layangan, Kluster Alma, Kluster Auto dan Kluster Penjara Kepayan. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 77 kes positif direkodkan dalam empat kluster baharu itu pada Ahad, 18 Oktober 2020. Kluster Penjara Kepayan mencatatkan jumlah kes tertinggi dengan 48 kes positif. KLUSTER PENJARA KEPAYAN Kluster ini dikenal pasti di Kota Kinabalu. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-19,628) dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan kemasukan ke hospital di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu pada 14 Oktober. Saringan…

Read More

Virus hidup 9 jam di kulit

KETUA Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah tidak menolak kemungkinan virus Covid-19 mampu hidup sehingga lebih sembilan jam di permukaan kulit manusia yang juga boleh meningkatkan risiko dijangkiti virus tersebut. Jelasnya, berdasarkan kajian yang dijalankan sebelum ini, keadaan itu juga bergantung kepada jenis permukaan termasuk keadaan suhu yang sejuk. “Ada kajian yang melihat kepada kebolehjangkitan selepas sembilan jam bergantung kepada permukaan kulit contohnya jika permukaan itu sejuk. “Malah jika ia berlendir, virus yang kekal pada permukaan itu berkemungkinan boleh berjangkit,” katanya. Menurut Dr Noor Hisham, kajian yang dijalankan terhadap jenazah…

Read More

34 kluster aktif

SEBANYAK 34 kluster aktif melaporkan kes baharu hari ini 18 Oktober 2020 termasuk empat kluster baharu iaitu Penjara Kepayan (Sabah), Alma (P.Pinang), Auto (Selangor & N.Sembilan) dan Bah Layangan (Labuan & N.Sembilan). Kluster Penjara Kepayan mencatat kes tertinggi iaitu sebanyak 49 kes. Secara keseluruhan, 97 kes (11.1%) adalah dari kluster Tembok, Penjara Reman, Penjara Seberang Perai dan Penjara Kepayan. Kes-kes ini adalah terasing di penjara dan tidak menjangkiti masyarakat.

Read More

Sabah catat 702 kes

DARIPADA 871 kes baharu yang direkodkan 18 Oktober 2020, SABAH mencatatkan 702 kes yang melibatkan 49 kes kluster Penjara Kepayan (baharu), 81 dari kluster-kluster sedia ada dan 572 lain-lain saringan Covid-19. SELANGOR pula merekodkan 77 kes iaitu lima dari kluster Auto (baharu), 32 dari kluster-kluster sedia ada, 35 lain-lain saringan Covid-19, dua import tiba dari India, dua import tiba dari Nepal dan satu import tiba dari Singapura. PULAU PINANG mencatatkan 45 kes iaitu tiga dari kluster Alma, 40 dari kluster-kluster sedia ada dan dua lain-lain saringan Covid-19. PERAK merekodkan 10…

Read More

Baharu 871, kumulatif 20,498

PUTRAJAYA : Jumlah kes baharu harian Covid-19 mencatatkan rekod tertinggi sejak pandemik itu melanda negara dengan 871 kes hari ini, 18 Oktober, naik dua kes berbanding 869 kes semalam. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 20,498 sementara kes aktif dengan kebolehjangkitan virus tersebut pada 7,049 kes. Beliau berkata tujuh kematian dilaporkan setakat 12 tengah hari ini, menjadikan kes kumulatif kematian di Malaysia akibat pandemik itu 187 kes. Bagaimanapun, kes pulih harian hari ini tertinggi iaitu 701 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya sebanyak 13,262 kes atau 64.7 peratus daripada jumlah keseluruhan…

Read More

Degil tak pakai pelitup muka

TIDAK memakai pelitup muka masih menjadi punca individu ditahan kerana mengingkari arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Daripada 661 individu ynag ditahan atas kesalahan ingkar arahan PKPP. 223 tidak memakai pelitup muka. Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata, sebanyak 632 orang dikompaun, 27 direman dan dua dijamin. Katanya, sebanyak 191 melakukan kesalahan penjarakan fizikal, 112 gagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri, 75 melanggar syarat/perintah di kawasan PKPB, 45 aktivit di pusat hiburan dan lain-lain kesalahan 15.

Read More

Politik & Covid-19, Kuasa & Kesihatan

MANA satu mahu diberi keutamaan? Kuasa atau kesihatan? Ketika wabak Covid-19 semakin ‘menggila’, orang politik juga turut ‘menggila’. Hanya kerana kuasa, macam-macam cerita timbul, ditambah pula adanya ‘batu api’ dan ‘tukang korek’. Dalam keadaan politik ‘kelam kabut’ disebabkan tindak tanduk orang politik sendiri, ada juga yang cuba ‘menangguk di air keruh’, mengambil peluang menimbulkan kemarahan dan menyulitkan keadaan. Begitulah ‘pencak silat politik’ orang politik yang kadang-kadang sukar difahami. Bagi orang politik, mungkin perkara itu bukan luar biasa. Jarang ketemu orang politik mengaku ‘kesilapan sendiri’ atau ‘salah parti’ sendiri.  Kebanyakan kata,…

Read More