Sabah catat 702 kes

DARIPADA 871 kes baharu yang direkodkan 18 Oktober 2020, SABAH mencatatkan 702 kes yang melibatkan 49 kes kluster Penjara Kepayan (baharu), 81 dari kluster-kluster sedia ada dan 572 lain-lain saringan Covid-19.

SELANGOR pula merekodkan 77 kes iaitu lima dari kluster Auto (baharu), 32 dari kluster-kluster sedia ada, 35 lain-lain saringan Covid-19, dua import tiba dari India, dua import tiba dari Nepal dan satu import tiba dari Singapura.

PULAU PINANG mencatatkan 45 kes iaitu tiga dari kluster Alma, 40 dari kluster-kluster sedia ada dan dua lain-lain saringan Covid-19.

PERAK merekodkan 10 kes dari kluster-kluster sedia ada sementara LABUAN mencatatkan sembilan kes iaitu satu dari kluster Bah Layangan (baharu), enam

dari kluster-kluster sedia ada dan dua lain-lain saringan Covid-19.

KEDAH mencatatkan sembilan kes iaitu lapan dari kluster sedia ada dan satu

lain-lain saringan Covid-19.

KUALA LUMPUR merekodkan tujuh kes iaitu empat dari kluster-kluster sedia ada dan tiga lain-lain saringan Covid-19.

SARAWAK mencatatkan lima kes iaitu empat dari kluster sedia ada dan satu lain-lain saringan Covid-19 manakala NEGERI SEMBILAN tiga kes iaitu satu dari kluster sedia ada dan dua lain-lain saringan Covid-19.

TERENGGANU mencatatkan dua kes dari kluster sedia ada manakala JOHOR dan MELAKA masing-masing satu kes dari kluster sedia ada.

Related posts

Leave a Comment