Kes turun kepada 348 kes

ARAB Saudi merekodkan penurunan kes kurang daripada 400 apabila catatan hari ini menunjukkan 348 kes jangkitan koronavirus Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara itu sebanyak 342,202.

Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 20 lagi kematian dilaporkan akibat Covid-19 yang membawa jumlah keseluruhan pesakit yang meninggal dunia meningkat kepada 5,185 kes.

Jumlah pesakit yang sembuh pula meningkat kepada 328,538 kes termasuk 373 pesakit yang dilaporkan pulih pada hari ini. Kes aktif pula 8,479 di mana 825 kritikal.

Daripada jumlah kes baharu yang direkodkan hari ini, Madinah merekodkan kes tertinggi iaitu sebanyak 73 kes diikuti Yanbu 32, Riyadh 25, Buraidah 19 dan Makkah 17 kes.

Related posts

Leave a Comment