Degil tak pakai pelitup muka

TIDAK memakai pelitup muka masih menjadi punca individu ditahan kerana mengingkari arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Daripada 661 individu ynag ditahan atas kesalahan ingkar arahan PKPP. 223 tidak memakai pelitup muka.

Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata, sebanyak 632 orang dikompaun, 27 direman dan dua dijamin.

Katanya, sebanyak 191 melakukan kesalahan penjarakan fizikal, 112 gagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri, 75 melanggar syarat/perintah di kawasan PKPB, 45 aktivit di pusat hiburan dan lain-lain kesalahan 15.

Related posts

Leave a Comment