INDONESIA mencatatkan 4,301 kes baharu Covid-19, pada Sabtu 17 Oktober yang membawa jumlah kumulatif 357,762 kes dengan kes aktif 63,739. Jakarta merekodkan kes tertinggi dengan 974 kes (kumulatif 93.356 kes) diikuti Jawa Barat 500 kes (30,043), Sumatera Barat 450 (10.700), Jawa Tengah 416 (28,723) dan Jawa Timur 238 (48,690). Sebanyak 48 lagi pesakit meninggal dunia yang membawa jumlah keseluruhan kes sebanyak 12,431. Jakarta mencatatkan 21 kematian (kumulatif 2,015), Jawa Timur 13 (3,529), Jawa Tengah 10 (1,579), Jawa Barat sifar kematian dengan kumulatif 559 kes, Jumlah keseluruhan kes pesakit pulih pula…
Read MoreDay: October 17, 2020
Madinah 55, Makkah 23
ARAB Saudi merekodkan 359 kes baharu koronavirus Covid-19 yang membawa jumlah keseluruhan kes sebanyak 341,854. Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah pesakit yang meninggal dunia meningkat kepada 5,165 berikutan 21 lagi kematian dilaporkan akibat Covid-19. Dalam tempoh yang sama, sebanyak 370 pesakit sembuh yang membawa jumlah keseluruhan kes pulih sebanyak 328,165 kes. Sebanyak 8,524 kes aktif di mana 829 kritikal. Sementara itu daripada 359 kes baharu, Madinah merekodkan 55 kes jangkitan, diikuti Riyadh 25, Makkah 23 dan Yanbu 19.
Read MoreUMNO tetap tolak Anwar, DAP
TOLAK Anwar, tolak DAP ! Itu pendirian Majlis Kerja Tertinggi (MT) UMNO yang masih belum berubah. Kenyataan yang melegakan, selepas tular surat yang mendakwa Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi memberi sokongan kepada Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri baharu. Justeru siapakah anggota Parlimen UMNO yang bersedia melanggar pendirian MKT itu? Berapa ramai sanggup berbuat demikian. Kemungkinan itu ada kerana tindakan lebih besar telah pun dilakukan oleh sekumpulan anggota Parlimen yang bertanding atas tiket UMNO tetapi melompat meninggalkan parti itu. Harus diingat Ahmad Zahid sebelum jni dilaporkan berkata, UMNO dan Barisan…
Read MoreLima kluster baharu
KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) mengenal pasti lima lagi kluster baharu Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan kluster aktif di negara ini adalah sebanyak 81, setakat ini, 17 Oktober 2020. 𝗞𝗟𝗨𝗦𝗧𝗘𝗥 𝗧𝗘𝗗𝗨𝗛 Melibatkan daerah Lahad Datu di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-13000) dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan individu yang mempunyai sejarah perjalanan dari daerah yang berisiko tinggi iaitu Semporna pada 6 Oktober dan dimasukkan ke Hospital Lahad Datu. Saringan kontak rapat mengenal pasti 10 lagi kes positif Covid-19. Sehingga 17 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 535 individu disaring, di…
Read MorePetaling catat 73 kes
SEHINGGA 12 tengah hari 17 Oktober 2020, sebanyak 159 kes baharu, semuanya penularan tempatan dilaporkan di Selangor. Gombak mendahului dengan 16 kes, Hulu Langat 15 kes, Hulu Selangor 2, Klang 35, Kuala Langat 9, Petaling 73, Sepang 9. Sebanyak 16 kes discaj di mukim Hulu Kelang, Ampang, Cheras, Kajang dan Kapar.
Read MoreSabah catat 451 kes
SABAH masih mendahului jumlah jangkitan Covid-19 apabila 451 kes dilaporkan di negeri itu. Daripada jumlah itu, 234 adalah hasil saringan kontak rapat, 54 dari kluster sedia ada, dua kluster Teduh (baharu) dan 161 lain-lain saringan. PULAU PINANG merekodkan 189 kes iaitu 186 dari kluster sedia ada dan tiga saringan kontak rapat. SELANGOR merekodkan 159 kes iaitu 89 dari kluster sedia ada, 23 kluster Keladi (baharu), 23 saringan kontak rapat, lapan kluster Menara (baharu), dua saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi dan 14 lain-lain saringan. KEDAH dengan 38 kes iaitu 37…
Read MoreAwan petang
869 kes, tertinggi setakat ini
PUTRAJAYA: Jumlah kes baharu Covid-19 melonjak kepada 869 kes hari ini, 17 Oktober, yang tertinggi pernah direkodkan sejak pandemik itu melanda negara. Empat kematian dilaporkan setakat 12 tengah hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kematian di Malaysia akibat pandemik itu setakat ini ialah 180 kes. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan baharu itu menjadikan keseluruhan 19,627 kes, dengan kes aktif kebolehjangkitan meningkat kepada 6,886. Kes baharu hari ini kesemuanya penularan dalam negara melibatkan 745 warganegara dan 124 bukan warganegara dengan Sabah masih mencatat jangkitan baharu tertinggi iaitu 451 kes…
Read More182 ingkar pakai pelitup muka
MASIH ada yang ingkar arahan memakai pelitup muka apabila 182 orang ditahan atas kesalahan tersebut. Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata, mereka adalah antara 467 individu yang ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Sebanyak 460 individu dikompaun, enam direman dan seorang dijamin. Kesalahan lain yang dilakukan adalah gagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri (110), penjarakan fizikal (106), premis beroperasi lebih masa (5) dan lain-lain (64). Mengenai kawalan sempadan negara, Op Benteng berjaya menahan 58 PATI, serta merampas dua bot dan dua kenderaan darat. Katanya, Rejimen Pertama Kor Armor Diraja…
Read MoreKes global hampir 40 juta
JUMLAH kes positif global Covid-19 kini menghampiri 40 juta orang iaitu 39,247,785 dengan jumlah kumulatif kematian pula mencecah 1,103,352. Data Johns Hopkins University setakat pukul 10 pagi ini menunjukkan Amerika Syarikat (AS) merekodkan 8,045,090 kes. AS juga mendahului jumlah pesakit yang meninggal dunia akibat Covid-19 dengan catatan 218,529 kematian. India pula berada di kedudukan kedua dengan 7,370,468 kes diikuti Brazil 5,200,300 dan Rusia 1,361,317. Tiga negara menghampiri satu juta kes iaitu Argentina yang merekodkan 965,609, Colombia 945,354 dan Sepanyol 936,560. Negara yang merekodkan lebih setengah juta kes adalah Perancis 876,342, Peru…
Read More