Lima kluster baharu

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) mengenal pasti lima lagi kluster baharu Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan kluster aktif di negara ini adalah sebanyak 81, setakat ini, 17 Oktober 2020.

π—žπ—Ÿπ—¨π—¦π—§π—˜π—₯ π—§π—˜π——π—¨π—›

Melibatkan daerah Lahad Datu di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-13000) dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan individu yang mempunyai sejarah perjalanan dari daerah yang berisiko tinggi iaitu Semporna pada 6 Oktober dan dimasukkan ke Hospital Lahad Datu. Saringan kontak rapat mengenal pasti 10 lagi kes positif Covid-19.Β Sehingga 17 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 535 individu disaring, di mana: 11 kes dikesan positif Covid-19; dan 524 masih menunggu keputusan.

π—žπ—Ÿπ—¨π—¦π—§π—˜π—₯ π— π—˜π—‘π—”π—₯𝗔

Melibatkan daerah Gombak, Petaling, Klang, Sepang dan Hulu Langat di Selangor; daerah Lembah Pantai, Titiwangsa dan Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; daerah Larut, Matang dan Selama di negeri Perak serta Putrajaya. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-16041) dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan individu bergejala pada 9 Oktober Β dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh, Selangor. Saringan kontak rapat mengenal pasti 32 lagi kes positif Covid-19. Sehingga 17 Oktober, 12 tengah hari, sejumlah 180 individu disaring, di mana 33 kes dikesan positif, 33 negatif; dan 114 masih menunggu keputusan.

π—žπ—Ÿπ—¨π—¦π—§π—˜π—₯ π—žπ—˜π—Ÿπ—”π——π—œ

Melibatkan daerah Klang di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-17381) dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan kontak rapat pada 13 Oktober Β dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat mengenal pasti 25 lagi kes positif Covid-19. Sehingga 17 Oktober, 12 tengah hari, sejumlah 107 individu disaring, di manaΒ  26 kes dikesan positif Covid-19, 74 individu negatif; danΒ tujuh masih menunggu keputusan.

π—žπ—Ÿπ—¨π—¦π—§π—˜π—₯ π—¦π—˜π—‘π—§π—₯π—”π—Ÿ

Dikenal pasti di Kepong, Cheras dan Titiwangsa, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-18676) yang juga merupakan kes kematian ke-176, dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan kematian di sebuah pusat perubatan pada 16 Oktober. Saringan kontak rapat mengenal pasti empat lagi kes positif. Sehingga 17 Oktober, 12 tengah hari, sejumlah 135 individu disaring, di mana lapan kes dikesan positif, 122 negatif; dan lapan masih menunggu keputusan.

π—žπ—Ÿπ—¨π—¦π—§π—˜π—₯ 𝗕𝗔𝗛 π—•π—˜π— π—•π—”π—‘

Melibatkan daerah Dungun di Terengganu dan daerah Kota Kinabalu di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-12082) dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) pada 3 Oktober 2020 dan dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu, Kuala Berang. Saringan kontak rapat mengenal pasti 11 lagi kes positif Covid-19.. Sehingga 17 Oktober, 12 tengah hari, sejumlah 222 individu disaring, di mana 12 kes dikesan positif dan 210 negatif.

Related posts

Leave a Comment