Indonesia catat 4,301 kes

INDONESIA mencatatkan 4,301 kes baharu Covid-19, pada Sabtu 17 Oktober yang membawa jumlah kumulatif 357,762 kes dengan kes aktif 63,739.

Jakarta merekodkan kes tertinggi dengan 974 kes (kumulatif 93.356 kes) diikuti Jawa Barat 500 kes (30,043), Sumatera Barat 450 (10.700), Jawa Tengah 416 (28,723) dan Jawa Timur 238 (48,690).

Sebanyak 48 lagi pesakit meninggal dunia yang membawa jumlah keseluruhan kes sebanyak 12,431.

Jakarta mencatatkan 21 kematian (kumulatif 2,015), Jawa Timur 13 (3,529), Jawa Tengah 10 (1,579), Jawa Barat sifar kematian dengan kumulatif 559 kes,

Jumlah keseluruhan kes pesakit pulih pula meningkat kepada 281.592 dengan tambahan 4,048 yang direkodkan hari ini.

Kes sembuh tertinggi pula direkodkan di Jakarta dengan 1,106 yang membawa kumulatifnya mencecah 77.969 kasus, Jawa Barat 440 (19.924), Jawa Timur 323 (42.455) dan Jawa Tengah 320  (22.980) .

Sementara itu FILIPINA setakat pukul 4 petang hari ini, 17 Oktober 2020, melaporkan jumlah kes Covid-19 meningkat kepada 354,338, selepas 2,673 lagi kes baharu disahkan.

Jabatan Kesihatan juga mengumumkan 539 kes pesakit sembuh dan ini membawa kepada jumlah pemulihan 295,312 manakala kes aktif 52,423 kes.

Sebanyak 73 pesakit meninggal dunia yang membawa jumlah keseluruhan 6,603 kematian.

Related posts

Leave a Comment