Satu kes baharu di Brunei

BRUNEI Darussalam melaporkan satu kes import baharu jangkitan Covid-19 melibatkan seorang wanita berusia 25 tahun yang tiba dari Nepal melalui Kuala Lumpur pada 7 Oktober 2020 dengan penerbangan Royal Brunei.

Menteri Kesihatan, Dr. Md. Isham Jaafar berkata, wanita itu yang merupakan kes ke-147 dan kes import ke enam dilaporkan mula mengalami batuk sejak 11 Oktober dan ketika ini berada di Pusat Pengasingan Kebangsaan untuk rawatan.

Bercakap dalam sidang media situasi terkini jangkitan Covid-19, beliau berkata pengesanan  kontak kes 147 itu setakat ini melibatkan tiga orang dan hasil ujian awal menunjukkan negatif.

Beliau juga memberitahu, Brunei Darussalam mencatatkan 161 hari tanpa jangkitan tempatan dan setakat ini 143 kes sembuh dengan tiga kematian sementara 337 sedang menjalani pengasingan selepas tiba dari luar negara.

Related posts

Leave a Comment