Melonjak kepada 501 kes

KES positif koronavirus Covid-19 di Arab Saudi melonjak kepada 501 kes hari ini selepas dua minggu kes jangkitan harian berada di bawah paras 500. Kali terakhir kes mencecah 500 sebelum menunjukkan penurunan kepada 348 kes pada 12 Oktober adalah pada 29 September dengan merekodkan 539 kes. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), jumlah keseluruhan kes jangkitan setakat ini adalah 340,590. Kes aktif pula 8,662 di mana 830 kritikal. Sebanyak 21 lagi pesakit meninggal dunia akibat Covid-19 dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan kematian sebanyak 5,108 orang. MoH juga melaporkan 481 pesakit sembuh…

Read More

Ku Li tolak Penasihat Petronas

TENGKU Razaleigh Hamzah mengakui ditawarkan jawatan Penasihat Petronas oleh Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin tetapi menolak tawaran tersebut atas dasar mematuhi Perlembagaan Persekutuan. Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, beliau prihatin terhadap Perkara 48(1)(c) Perlembagaan Persekutuan berkaitan “hilang kelayakan menjadi Ahli Parlimen sekiranya memegang sesuatu jawatan berpendapatan” “Bahagian kecil ini bertujuan mencegah ahli-ahli Dewan Rakyat daripada menyokong atau pun mengundi demi menyokong kerajaan bagi maksud ‘penyogokan politik’,” katanya dalam sepucuk surat kepada Speaker Dewan Rakyat , Azhar Azizan Harun pada 25 September lalu. Katanya, penyogokan politik menyebabkan demokrasi berperlembagaan kita menghadapi…

Read More

Kenapa ‘halang’ usul tidak percaya terhadap PM

AHLI Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mendedahkan mengenai gesaannya agar Usul Tidak Percaya yang dibawa oleh Ahli Parlimen Langkawi, Dr Mahathir Mohamad dikemukakan di Dewan Rakyat. Perkara itu terkandung menerusi sepucuk surat yang dihantar kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun pada 25 September lalu. Tengku Razaleigh berkata pencadang usul tersebut iaitu, Ahli Parlimen Langkawi, Dr Mahathir Mohamad mendakwa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tidak membenarkan usul itu dibahaskan sebanyak dua kali dengan cara menyenaraikannya di penghujung senarai perbahasan. Katanya, dengan cara itu perbahasan terhadap usul tersebut terhalang di…

Read More

Lagi sekolah di Perak tutup

JABATAN Pendidikan Negeri Perak memutuskan menutup satu lagi sekolah di negeri itu iaitu SK Lekir Batu 8, Sitiawan susulan terdapat kes positif Covid-19, menjadikan jumlah sekolah yang ditutup sebanyak tujuh berbanding enam sebelumnya di daerah Larut, Matang dan Selama. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil negeri, Razman Zakaria berkata tujuh buah sekolah itu ialah; SMK King Edward VII, Taiping, SMK (P) Treacher Methodist, Taiping, SMK Bukit Jana, Kamunting, SK Taman Jana, Kamunting, SK Convent Kota, Taiping,SK Ulu Mengkuang, Selama dan SK Lekir Batu 8, Sitiawan. Penutupan…

Read More

Kencana, kluster baharu

TERDAPAT satu kluster baharu dikenal pasti yang melibatkan daerah Hulu Langat, Petaling, Klang dan Gombak di negeri Selangor, Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta daerah Johor Bahru, Batu Pahat dan Pontian di negeri Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-13805) telah dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan individu bergejala pada 7 Oktober 2020 dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 16 lagi kes positif. Sehingga 14 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 23 individu telah disaring, di mana: – 17 kes dikesan…

Read More

Zon bertukar warna

JUMLAH kluster meningkat terutama di Semenanjung Malaysia, di samping peningkatan kes dalam kluster-kluster yang sedia ada. Berikutan peningkatan jumlah kes dan kluster yang aktif ini, terdapat beberapa daerah yang berubah menjadi zon kuning dan merah. Sehingga 14 Oktober 2020, sebanyak 52 daerah dilaporkan menjadi zon kuning dan sebanyak 19 daerah menjadi zon merah di seluruh Semenanjung Malaysia. Pelbagai tindakan diambil Kementerian Kesihatan misalnya dengan menjalankan Active Case Detection (ACD), meneruskan aktiviti-aktiviti survelan di klinik-klinik sentinel dan hospital-hospital, aktiviti pembersihan dan nyahkuman, serta meningkatkan ujian, pengesanan, pengasigangan dan rawatan. Dalam masa…

Read More

Sabah mendahului, Kedah tambah

PECAHAN KES BAHARU (660) SABAH-429 197 saringan kontak rapat 78 dari kluster-kluster sedia ada 154 lain-lain saringan SELANGOR-68 38 dari kluster-kluster sedia ada 18 saringan kontak rapat 4 kluster Kencana (baharu) 1 kes SARI 7 lain-lain saringan KEDAH-113 112 dari kluster-kluster sedia ada 1 lain-lain saringan P.PINANG-17 17 dari kluster-kluster sedia ada KL-12 3 dari kluster-kluster sedia ada 2 kluster Kencana (baharu) 1 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi 1 saringan kontak rapat 3 import tiba dari Singapura 2 import tiba dari Indonesia JOHOR-3 2 saringan pulang dari kawasan berisiko…

Read More

660 kes, empat kematian

PUTRAJAYA: Bilangan kes positif Covid-19 terus mencatatkan tiga angka, dengan 660 kes baharu dilaporkan hari ini, 14 Oktober selain turut merekodkan empat kematian. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Sabah masih terus mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu sebanyak 429 kes atau 65 peratus, manakala Kedah mencatatkan 113 kes (17.1 peratus) dengan 109 kes daripada Kluster Tembok Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 17,540 kes manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 5,768 kes. Daripada 660 kes baharu yang dilaporkan, terdapat enam kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara yang…

Read More

Ku Li dipanggil sebagai individu

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara semalam atas kapasiti beliau sebagai Ahli Parlimen paling lama berkhidmat. Setiausaha Politik Tengku Razaleigh, Mohd Lokman Ghani berkata, pertemuan itu adalah atas perkenan Al-Sultan Abdullah untuk mendapatkan pandangan daripada Tengku Razaleigh mengenai situasi semasa politik negara. “Semalam Yang di-Pertuan Agong menitahkan Tengku Razaleigh untuk menghadap di Istana Negara kemudian baru beliau pergi (semalam). Perbincangan itu melibatkan empat mata untuk Tengku Razaleigh beri pandangan, sekadar itu sahaja yang…

Read More