Arab Saudi catat 474 kes

ARAB Saudi pada Selasa, 13 Oktober merekodkan 474 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 340,089 kes. Kementerian Kesihatan (MoH) juga melaporkan 19 lagi pesakit meninggal dunia yang membawa jumlah keseluruhan 5,087 kematian. Sementara itu jumlah pesakit yang sembuh meningkat kepada 326,339 kes atau 95.95 peratus daripada keseluruhan kes termasuk 500 pesakit pulih hari ini. Jumlah kes aktif pula adalah sebanyak 8,663 di mana 839 kritikal. Daripada 474 kes baharu, Makkah merekodkan jumlah tertinggi berbanding kota lain di Arab Saudi iaitu 59 kes diikuti Madinah 58, Yanbu 37,…

Read More

Keadaan tak menentu Covid-19

SITUASI terkini pandemik Covid-19 di seluruh dunia dalam keadaan tidak menentu di mana ada sesetengah negara berjaya mengawal wabak itu daripada terus merebak manakala ada negara yang masih bergelut memeranginya. Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, berkata di seluruh dunia kita sedang melihat peningkatan kes Covid-19 yang dilaporkan terutamanya di Eropah dan Amerika. “Setiap hari terutama empat hari terakhir ini menunjukkan angka tertinggi dilaporkan. Banyak bandar dan negara juga melaporkan peningkatan kemasukan ke hospital dan katil untuk rawatan intensif,” katanya.. Beliau berkata rakyat perlu diingatkan situasi…

Read More

Muhyiddin serah pada Agong

SELEPAS dua kali Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin telah jatuh, Perdana Menteri menyerahkan kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk membuat keputusan. Muhyiddin berkata, kuasa penuh Yang di-Pertuan Agong itu terkandung dalam peruntukan perlembagaan negara, dan seharusnya rakyat perlu memberikan kepercayaan kepada Baginda, dalam membuat keputusan berkaitan dakwaan Presiden PKR itu memiliki majoriti di Dewan Rakyat. “Saya sebenarnya tidak mengikuti perkara itu. Saya serahkan kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong. Tuanku adalah seorang yang bijaksana, faham dari sudut peranan baginda sebagai yang di-Pertuan Agong. Peruntukan dalam perlembagaan dan sebagainya itu,…

Read More

394 kes, 23 kluster ‘dari Sabah‘

TERDAPAT sebanyak 394 kes positif Covid-19 yang melibatkan pengunjung dengan sejarah perjalanan pulang dari Sabah sejak 22 September 2020. Dari jumlah itu, sebanyak 228 kes (57.9 peratus)  adalah dalam kalangan pengunjung yang tiba sebelum 27 September 2020, manakala sebanyak 166 kes (42.1 peratus) lagi adalah dalam kalangan pengunjung yang tiba selepas 27 September 2020. Secara keseluruhan sehingga 13 September 2020, seramai 18,478 individu dengan sejarah perjalanan pulang dari Sabah telah disaring di semua pintu masuk antarabangsa dan domestik. Sehingga kini terdapat 23 kluster di seluruh Malaysia yang disebabkan oleh kes…

Read More

Dari mana 660 kes datang

SABAH-443 162 saringan kontak rapat, 38 dari kluster-kluster aktif sedia ada, 13 kluster Semarak (baharu), 10 kluster Bina (baharu), empat kluster Sabindo (baharu), dua kluster Bestari (baharu) dan 214 lain-lain saringan Covid-19 SELANGOR-76 45 dari kluster-kluster sedia ada, 16 saringan kontak rapat, sembilan saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi, lima saringan bergejala dan satu kluster Bah Kenangan (baharu) KEDAH-60 60 dari kluster Tembok PULAU PINANG -23 18 kluster Penjara Reman, tiga kluster Penjara Jawi (baharu) dan dua saringan kendiri. LABUAN-19 Sembilan saringan petugas kesihatan, enam saringan pulang dari kawasan berisiko…

Read More

Lagi enam kluster baharu

KLUSTER SEMARAK, SABAH Dikenal pasti di daerah Tawau, Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-12200) dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan individu bergejala pada 3 Oktober 2020 dan dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth. Saringan kontak rapat mengenal pasti 13 lagi kes positif Covid-19. Sehingga 13 Oktober 2020, 12 tengah hari, 19 individu disaring, di mana: • 14 kes dikesan positif Covid-19; dan • 5 individu masih menunggu keputusan. KLUSTER BINA, SABAH Dikenal pasti di Beaufort, Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-15575) telah dikenal pasti positif…

Read More

Anwar ! Siapakah 120 itu?

SIAPAKAH 120 orang yang dinamakan itu? Rakyat juga ingin tahu wakil rakyat mana yang menawarkan diri untuk melihat kerajaan berusia lapan bulan ini, yang sedang ‘menangani malapetaka’ Covid-19 jatuh dan bertukar kepemimpinan. Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Anwar Ibrahim boleh mendakwa mendapat sokongan majoriti kukuh dan mencukupi tetapi tanpa bukti yang kukuh juga menyukarkan keputusan. Seperti kenyataan Istana Negara, Anwar telah mengemukakan jumlah ahli Dewan Rakyat yang didakwa memberi sokongan kepada beliau tetapi tidak mengemukakan senarai nama untuk mengukuhkan dakwaan tersebut. Nampak ‘kecacatan’ di pihak Anwar yang tidak seharusnya berlaku dan…

Read More

China senaraikan Malaysia

CHINA bersetuju meletakkan Malaysia dalam senarai negara utama untuk mendapatkan bekalan vaksin Covid-19. Menteri Luar, Hishammuddin Tun Hussein berkata, bekalan itu akan diagihkan selepas negara itu selesai menjalani ujian klinikal vaksin berkenaan. Katanya, Malaysia menyambut baik dan menghargai komitmen China itu. “Kami juga menyambut baik kesepakatan China untuk mendorong perusahaan negara itu dalam menjalin kerjasama serentak dengan rakan kongsi Malaysia dalam penyelidikan dan pengembangan vaksin serta pengedarannya,” katanya dalam sidang media pada Selasa. Hishammuddin sebelum itu menerima kunjungan rakan sejawatannya dari China, Wang Yi yang mengadakan lawatan rasmi dua hari…

Read More