Lagi enam kluster baharu

KLUSTER SEMARAK, SABAH

Dikenal pasti di daerah Tawau, Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-12200) dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan individu bergejala pada 3 Oktober 2020 dan dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth. Saringan kontak rapat mengenal pasti 13 lagi kes positif Covid-19.

Sehingga 13 Oktober 2020, 12 tengah hari, 19 individu disaring, di mana:

• 14 kes dikesan positif Covid-19; dan

• 5 individu masih menunggu keputusan.

KLUSTER BINA, SABAH

Dikenal pasti di Beaufort, Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-15575) telah dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan kemasukan ke Hospital Sipitang pada 10 Oktober 2020 dan dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth. Saringan kontak rapat mengesan 13 lagi kes positif. Sehingga 13 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 59 individu disaring, di mana:

• 14 kes dikesan positif COVID-19; dan

• 45 individu negatif.

KLUSTER SABINDO, SABAH

Dikenal pasti di Tawau, Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-11897) dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan individu bergejala pada 3 Oktober 2020 dan dimasukkan ke Hospital Tawau. Saringan kontak rapat mengesan 13 lagi kes positif Covid-19.

Sehingga 13 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 76 individu disaring, di mana:

• 14 kes dikesan positif COVID-19;

• 51 individu negatif; dan

• 11 individu masih menunggu keputusan.

KLUSTER BESTARI, SABAH

Dikenal pasti di Sandakan, Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-14830) dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan individu bergejala pada 10 Oktober 2020 dan dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan. Saringan kontak rapat  mengenal pasti 18 lagi kes positif Covid-19. Sehingga 13 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 45 individu disaring, di mana:

• 19 kes dikesan positif Covid-19; dan

• 26 individu masih menunggu keputusan.

KLUSTER BAH KENANGAN, SELANGOR

Melibatkan daerah Hulu Langat, Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-11802) dikenal pasti positif hasil saringan pulang dari Kawasan Berisiko Tinggi (Sabah) pada 2 Oktober 2020 dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat mengenal pasti 17 lagi kes positif COVID-19. Sehingga 13 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 38 individu telah disaring, di mana:

• 18 kes dikesan positif COVID-19;

• 15 individu negatif; dan

• 5 individu masih menunggu keputusan.

KLUSTER PENJARA SEBERANG PERAI, PULAU PINANG

Dikenal pasti di Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Tiga tahanan dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan kemasukan dari Penjara Reman Timur Laut pada 11 Oktober 2020. Mereka semua tidak bergejala dan dimasukkan ke Pusat Rawatan Berisiko Rendah. Sehingga 13 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 226 individu disaring, di mana:

• 3 kes dikesan positif COVID-19;

• 61 individu negatif; dan

• 162 individu masih menunggu keputusan.

Related posts

Leave a Comment