Arab Saudi catat 474 kes

ARAB Saudi pada Selasa, 13 Oktober merekodkan 474 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 340,089 kes.

Kementerian Kesihatan (MoH) juga melaporkan 19 lagi pesakit meninggal dunia yang membawa jumlah keseluruhan 5,087 kematian.

Sementara itu jumlah pesakit yang sembuh meningkat kepada 326,339 kes atau 95.95 peratus daripada keseluruhan kes termasuk 500 pesakit pulih hari ini.

Jumlah kes aktif pula adalah sebanyak 8,663 di mana 839 kritikal.

Daripada 474 kes baharu, Makkah merekodkan jumlah tertinggi berbanding kota lain di Arab Saudi iaitu 59 kes diikuti Madinah 58, Yanbu 37, Hafouf dan Riyadh masing-masing 29 kes.

Related posts

Leave a Comment