Meningkat tetapi masih rendah

ARAB Saudi masih mencatatkan jumlah kes Covid-19 harian di bawah 400 kes walaupun 348 kes yang  dilaporkan pada Isnin 12 Oktober lebih tinggi berbanding 323 kes pada 11 Oktober. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di Arab Saudi meningkat kepada 339,615 kes manakala kes aktif 8,708 di mana 842 kritikal. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), sebanyak 25 kematian juga dilaporkan akibat jangkitan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang meninggal dunia setakat ini sebanyak dilaporkan 5,068. MoH juga merekodkan sebanyak 509 kes sembuh dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah kes pulih meningkat kepada…

Read More

Selangor terkejut dikena PKPB

KERAJAAN Negeri Selangor terkejut dengan keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengisytiharkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, pengumuman berkenaan agak mengejutkan kerana keputusan mesyuarat MKN pada Isnin hanya menunjukkan Klang, Gombak, Hulu Langat dan sebahagian Petaling yang mempunyai bilangan kes yang membimbangkan. Kerajaan negeri berpandangan bahawa beberapa kawasan yang masih dikategorikan zon hijau dan kuning seperti Sabak Bernam dan Kuala Selangor adalah masih terkawal. “Oleh itu, kerajaan negeri akan menghantar cadangan balas kepada pihak MKN dengan…

Read More

PKPB langkah terbaik

KETUA Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Lembah Klang adalah berikutan kawasan itu merekodkan kes baharu secara berselerak. Beliau memberitahu, sekiranya penularan hanya tertumpu pada satu-satu lokaliti, kerajaan mungkin dapat melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatakan (PKPD) secara bersasar. “Jka penularan telah menular ke setiap daerah dalam negeri tersebut dan terus merekodkan kes-kes baharu iaitu berselerak di Selangor dan Lembah Klang, ini bermakna penularan jangkitan ini tidak dapat lagi dibendung dengan berkesan. “Pada masa yang sama juga, kawalan di Kuala Lumpur dan…

Read More

Enam kluster baharu

𝟭) 𝗞𝗟𝗨𝗦𝗧𝗘𝗥 𝗕𝗔𝗜𝗗𝗨𝗥𝗜, 𝗪𝗜𝗟𝗔𝗬𝗔𝗛 𝗣𝗘𝗥𝗦𝗘𝗞𝗨𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗟𝗨𝗠𝗣𝗨𝗥 Kluster ini melibatkan daerah Hulu Langat, Selangor dan daerah Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-14312) telah dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan pra pembedahan pada 7 Oktober 2020 dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat mengesan 17 lagi kes positif Covid-19. Sehingga 12 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 39 individu disaring, di mana: • 18 kes dikesan positif Covid-19; • 12 individu negatif; dan • 9 individu masih menunggu keputusan. 𝟮) 𝗞𝗟𝗨𝗦𝗧𝗘𝗥 𝗕𝗔𝗛…

Read More

Sabah terus mendahului

SEBANYAK 563 kes baharu dilaporkan hari ini dengan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 5,039 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan. Daripada 563 kes hari ini, Sabah masih mencatat jumlah kes harian tertinggi iaitu 291 kes, berbanding semalam 488 kes. Pulau Pinang mencatat lonjakan jumlah kes positif iaitu sebanyak 141 kes, tetapi kesemuanya adalah daripada Kluster Penjara Reman di mana semua kes ini terasing daripada masyarakat iaitu di dalam penjara. Terdapat satu kes import yang telah mendapat jangkitan dari luar negara iaitu Indonesia, dilaporkan di Wilayah Persekutuan Kuala…

Read More

Jumlah kes Malaysia 16,220

PUTRAJAYA: Bilangan kes baharu Covid-19 kekal tiga digit dengan 563 kes baharu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan mencecah 16,220 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Perkembangan itu menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan turut meningkat kepada 5,039 kes, dengan dua kematian dilaporkan. Katanya daripada 563 kes positif, satu adalah kes import yang mendapat jangkitan dari Indonesia, melibatkan warga tempatan di Kuala Lumpur. Sabah kekal merekodkan kes positif harian tertinggi melibatkan 291 kes, namun kes positif meningkat di Pulau Pinang iaitu sebanyak 141 kes membabitkan Kluster Penjara Reman. “Di Selangor terdapat 69 kes, diikuti Kuala Lumpur (27), Negeri Sembilan (12), Kedah (10), Perak (empat), masing-masing dua kes di…

Read More

663 ditahan ingkar PKPP

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan 663 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Menteri Kanan Pertahanan Ismail Sabri Yaakob berkata, sebanyak 617 lagi dikompaun, 44 direman dan dua dijamin. Antara kesalahan ingkar arahan PKPP termasuk: oPenjarakan fizikal (239) oTidak memakai pelitup muka (178) oAktiviti di pusat hiburan (105) oGagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri (89) o Langgar syarat di kawasan PKPDB (20) oTangkapan Pendatang Asing Tanpa Izin (16) oTerlibat dengan aktiviti pelacuran (8) oAktiviti perjudian (3) oTinggal di Malaysia melebihi tempoh yang dibenarkan (3) oPremis beroperasi tanpa…

Read More

PKPB KL, Selangor, Putrajaya

SIDANG Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya mulai 12.01 tengah malam, 14 Oktober hingga 27 Oktober 2020. Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu diambil selepas mengambil kira pandangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), serta peningkatan kes positif Covid-19 sejak kebelakangan ini. “Selepas mendapat nasihat KKM dan mengambil kira kes peningkatan dan penularan yang berlaku seperti di Klang di Petaling dan kes dilihat meningkat di Gombak dan daerah-daerah lain,” katanya dalam sidang media pada…

Read More

Menjelang Selasa, 13 Oktober

PELBAGAI berita muncul menjelang  Selasa, 13 Oktober, hari Presiden PKR Anwar Ibrahim dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bagi mempersembahkan keterangan lengkap berhubung majoriti Ahli Parlimen yang menyokong beliau membentuk kerajaan. Di samping penafian sokongan, satu laporan yang menarik perhatian juga adalah berkaitan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu dipanggil polis untuk memberi keterangan berhubung penyebaran senarai 121 ahli Parlimen didakwa menyokong ketua pembangkang itu bagi membentuk kerajaan baharu. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Huzir Mohamed berkata, polis pada mulanya memanggil Anwar untuk memberi keterangan…

Read More