Sabah terus mendahului

SEBANYAK 563 kes baharu dilaporkan hari ini dengan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 5,039 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Daripada 563 kes hari ini, Sabah masih mencatat jumlah kes harian tertinggi iaitu 291 kes, berbanding semalam 488 kes.

Pulau Pinang mencatat lonjakan jumlah kes positif iaitu sebanyak 141 kes, tetapi kesemuanya adalah daripada Kluster Penjara Reman di mana semua kes ini terasing daripada masyarakat iaitu di dalam penjara.

Terdapat satu kes import yang telah mendapat jangkitan dari luar negara iaitu Indonesia, dilaporkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang melibatkan warganegara Malaysia.

Daripada 562 kes penularan di dalam negara, 498 kes adalah warganegara Malaysia dan 64 kes adalah bukan warganegara.

Daripada 562 kes penularan di dalam negara, 10 kes pula merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah, sekaligus menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September 2020 sebanyak 363 kes.

Related posts

Leave a Comment