663 ditahan ingkar PKPP

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan 663 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Menteri Kanan Pertahanan Ismail Sabri Yaakob berkata, sebanyak 617 lagi dikompaun, 44 direman dan dua dijamin.

Antara kesalahan ingkar arahan PKPP termasuk:

oPenjarakan fizikal (239)

oTidak memakai pelitup muka (178)

oAktiviti di pusat hiburan (105)

oGagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri (89)

o Langgar syarat di kawasan PKPDB (20)

oTangkapan Pendatang Asing Tanpa Izin (16)

oTerlibat dengan aktiviti pelacuran (8)

oAktiviti perjudian (3)

oTinggal di Malaysia melebihi tempoh yang dibenarkan (3)

oPremis beroperasi tanpa lesen (1)

oMenghalang penjawat awam menjalankan tugas (1)

Sementara itu Task Force Operasi Pematuhan yang melibatkan 2,796 Pasukan Pematuhan yang terdiri daripada 10,391 anggota telah membuat 41,459 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP PKPP

Ia melibatkan 2,796 pasar raya, 3,521 restoran serta 1,451 penjaja, 1,652 pasar awam/tani serta 2,440 tempat ibadah dan 951 tempat riadah telah diperiksa.

Mengenai kawalan sempadan negara, Ops Benteng berjaya menahan 76 pendatang asing tanpa izin (PATI), merampas tiga bot dan tiga kenderaan darat.

Sebanyak 136 Sekatan Jalan Raya Op Benteng juga dilakukan diseluruh negara.

Mengenai Kuarantin Wajib, sebanyak 46,655 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa.

Ketika ini 9,473 individu sedang menjalani kuarantin wajib di 68 hotel dan 18 premis termasuk Institut Latihan Awam (ILA) serta Institusi Pengajian Swasta di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Johor, Sarawak, Kelantan, Perak, Kedah, Perlis, Terengganu, Sabah dan Labuan.

Sebanyak 381 individu telah dibawa ke hospital untuk rawatan manakala 36,801 individu telah dibenarkan pulang ke rumah.

Related posts

Leave a Comment