Selangor terkejut dikena PKPB

KERAJAAN Negeri Selangor terkejut dengan keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengisytiharkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, pengumuman berkenaan agak mengejutkan kerana keputusan mesyuarat MKN pada Isnin hanya menunjukkan Klang, Gombak, Hulu Langat dan sebahagian Petaling yang mempunyai bilangan kes yang membimbangkan.

Kerajaan negeri berpandangan bahawa beberapa kawasan yang masih dikategorikan zon hijau dan kuning seperti Sabak Bernam dan Kuala Selangor adalah masih terkawal.

“Oleh itu, kerajaan negeri akan menghantar cadangan balas kepada pihak MKN dengan segera agar dapat diberi pertimbangan semula,” jelas Amirudin dalam kenyataan pada Isnin.

Katanya, Selangor bakal mengemukakan beberapa cadangan kepada MKN untuk pertimbangan majlis berkenaan.

STATUS KES IKUT MUKIM

18 kes discaj direkodkan pada hari ini melibatkan mukim Batang Kali, Serendah, Batu (Gmbk), Ampang, Cheras, Kajang, Sg Buloh dan Jeram.

Pertambahan 69 kes baharu hari ini (69 tempatan, 0 luar negara).

69 kes baharu tempatan/import B melibatkan:

IMPORT B (2 kes):

Daerah Hulu Langat (2 kes)

[Saringan Berfokus – Ampang 1 kes, Kajang 1 kes].

TEMPATAN (67 kes)

Daerah Gombak (5 kes)

[Saringan kontak rapat – Batu 1 kes, Hulu Kelang 2 kes, Rawang 2 kes].

Daerah Hulu Langat (10 kes)

[Saringan kontak rapat – Ampang 3 kes, Cheras 5 kes, Kajang 2 kes].

Daerah Hulu Selangor (2 kes)

[Saringan kontak rapat – Ampang Pecah 1 kes, Serendah 1 kes].

Daerah Klang (35 kes)

[Saringan kontak rapat – Klang 1 kes],

[Saringan PATI (Kluster Benteng PK) – 34 kes].

Daerah Kuala Langat (1 kes)

[Saringan Kontak rapat – Tanjung 12(1) 1 kes].

Daerah Petaling (14 kes)

[Saringan kontak rapat – Bukit Raja 1 kes, Damansara 2 kes, Petaling 4 kes, Sungai Buloh 4 kes],

[Saringan Bergejala – Sungai Buloh 3 kes].

Related posts

Leave a Comment