Enam kluster baharu

𝟭) 𝗞𝗟𝗨𝗦𝗧𝗘𝗥 𝗕𝗔𝗜𝗗𝗨𝗥𝗜, 𝗪𝗜𝗟𝗔𝗬𝗔𝗛 𝗣𝗘𝗥𝗦𝗘𝗞𝗨𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗟𝗨𝗠𝗣𝗨𝗥

Kluster ini melibatkan daerah Hulu Langat, Selangor dan daerah Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-14312) telah dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan pra pembedahan pada 7 Oktober 2020 dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat mengesan 17 lagi kes positif Covid-19. Sehingga 12 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 39 individu disaring, di mana:

• 18 kes dikesan positif Covid-19;

• 12 individu negatif; dan

• 9 individu masih menunggu keputusan.

𝟮) 𝗞𝗟𝗨𝗦𝗧𝗘𝗥 𝗕𝗔𝗛 𝗣𝗘𝗥𝗗𝗔𝗡𝗔, 𝗪𝗣 𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗟𝗨𝗠𝗣𝗨𝗥

Kluster ini dikenal pasti di daerah Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-11305) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) pada 28 September 2020 dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti lapan lagi kes positif Covid-19. Sehingga 12 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 22 individu disaring, di mana:

• 9 kes dikesan positif Covid-19; dan

• 13 individu masih menunggu keputusan.

𝟯) 𝗞𝗟𝗨𝗦𝗧𝗘𝗥 𝗞𝗢𝗟𝗢𝗡𝗚, 𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛

Kluster ini dikenal pasti di daerah Keningau, Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-13548) dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan dalam komuniti pada 7 Oktober 2020 dan dimasukkan ke Hospital Lahad Datu. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 7 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 12 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 92 individu disaring, di mana:

• 8 kes dikesan positif COVID-19;

• 81 individu negatif; dan

• 3 individu masih menunggu keputusan.

𝟰) 𝗞𝗟𝗨𝗦𝗧𝗘𝗥 𝗕𝗔𝗛 𝗧𝗥𝗢𝗣𝗜𝗖𝗔𝗡𝗔, 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗡𝗚𝗢𝗥

Kluster ini dikenal pasti di daerah Petaling, Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-11804) dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) pada 2 Oktober 2020 dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat mengesan 13 lagi kes positif Covid-19. Sehingga 12 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 147 individu disaring, di mana:

• 14 kes dikesan positif COVID-19;

• 105 individu negatif; dan

• 28 individu masih menunggu keputusan.

𝟱) 𝗞𝗟𝗨𝗦𝗧𝗘𝗥 𝗥𝗜𝗡𝗧𝗜𝗡𝗚, 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥

Kluster ini melibatkan melibatkan daerah Melaka Tengah di Melaka dan daerah Johor Bahru di negeri Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-14350) dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan masuk kerja pada 7 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Melaka. Saringan kontak rapat mengenal pasti 7 lagi kes positif Covid-19. Sehingga 12 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 162 individu disaring, di mana:

• 8 kes dikesan positif Covid-19;

• 97 individu negatif; dan

• 57 individu masih menunggu keputusan.

𝟲) 𝗞𝗟𝗨𝗦𝗧𝗘𝗥 𝗕𝗔𝗛 𝗞𝗔𝗦𝗧𝗨𝗥𝗜, 𝗪𝗜𝗟𝗔𝗬𝗔𝗛 𝗣𝗘𝗥𝗦𝗘𝗞𝗨𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗣𝗨𝗧𝗥𝗔𝗝𝗔𝗬𝗔

Kluster ini melibatkan beberapa buah daerah dan negeri iaitu;

• Daerah Seremban, Negeri Sembilan;

• Daerah Cheras dan Putrajaya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

dan Putrajaya; serta

• Daerah Klang, Petaling, Hulu Langat, Gombak dan Kuala Langat,

Selangor.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-12553) dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) pada 24 September 2020 dan dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar, Negeri Sembilan. Saringan kontak rapat mengesan 17 lagi kes positif Covid-19.

Sehingga 12 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 305 individu disaring, di mana:

• 18 kes dikesan positif Covid-19;

• 277 individu negatif; dan

• 10 individu masih menunggu keputusan

Related posts

Leave a Comment