Meningkat tetapi masih rendah

ARAB Saudi masih mencatatkan jumlah kes Covid-19 harian di bawah 400 kes walaupun 348 kes yang  dilaporkan pada Isnin 12 Oktober lebih tinggi berbanding 323 kes pada 11 Oktober.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di Arab Saudi meningkat kepada 339,615 kes manakala kes aktif 8,708 di mana 842 kritikal.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), sebanyak 25 kematian juga dilaporkan akibat jangkitan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang meninggal dunia setakat ini sebanyak dilaporkan 5,068.

MoH juga merekodkan sebanyak 509 kes sembuh dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah kes pulih meningkat kepada 325,839 atau 95.94 peratus.

Sementara itu, Madinah merekodkan kes tertinggi iaitu 53 diikuti Makkah 38, Hufof 28, Yanbu 27 dan Riyadh 24.

Jeddah yang sering merekodkan kes harian tertinggi pada peringkat awal wabak ini dikesan mencatatkan kurang daripada 10 kes iaitu tujuh kes.

Related posts

Leave a Comment