THAILAND terus mencatatkan kes import apabila 14kes baharu Covid-19 melibatkan mereka yang dikuarantin sejurus tiba dari Hong Kong, India, Sudan Selatan dan Turki. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, tujuh daripada kes baharu itu melibatkan anggota tentera yang tiba dari Sudan Selatan pada 22 September lalu selepas menyertai pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes 3,559. Tiga lagi kes melibatkan pekerja wanita, dua berusia 28 tahun dan seorang lagi 50 tahun yang tiba dari Hong Kong pada 23 September dan dikuarantin di Bangkok. Turut tersenarai,…
Read MoreDay: September 29, 2020
Kes di Arab Saudi 334,187
ARAB Saudi pada Selasa, 29 September merekodkan 539 kes baharu koronavirus Covid-19; yang membawa jumlah kumulatif 334,187 kes. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), sebanyak 27 kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam yang menjadikan jumlah kumulatif kematian 4,739. Jumlah pesakit yang pulih sepenuhnya meningkat kepada 318,542 atau 95.31 peratus daripada keseluruhan kes termasuk 696 pesakit sembuh hari ini. Kes aktif pula menunjukkan penurunan dengan 10,906 kes di mana 1,005 adalah kritikal. Sementara itu Jeddah merekodkan kes harian tertinggi iaitu 61 diikuti Makkah 53, Madinah 46, Hafouf dan Riyadh masing-masing 35 kes dan…
Read MoreHotel ‘rawat’ pesakit Covid-19
INDONESIA merekodkan 4,002 jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kes keseluruhan di republik itu meningkat kepada 282,724 kes. Menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia, sebanyak 132,496 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus berkenaan. Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini 29 September, 128 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah kematian kumulatif kini 10,601 orang. Provinsi Jakarta merekodkan 1,238 kes positif baharu dalam tempoh 24 jam lepas menjadikan jumlah kes keseluruhan tertinggi di republik Indonesia iaitu 72,577 kes, dengan kematian keseluruhan 1,716 orang. Sementara itu, pemerintah…
Read MoreEmpat kluster baharu
𝗞𝗟𝗨𝗦𝗧𝗘𝗥 𝗝𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗕𝗢𝗠𝗕𝗔, 𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛 Kes indeks bagi kluster iaitu kes ke-11110 merupakan lelaki warganegara Malaysia yang mempunyai sejarah perjalanan ke Semporna, Sabah pada 20 September 2020. Kes bergejala demam dan batuk dan didapati positif COVID19 pada 28 September 2020. Kes telah dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan. Hasil saringan kontak rapat mendapati 2 lagi kes positif COVID-19 pada 28 September 2020. Pengenalpastian kontak rapat dan saringan masih lagi diteruskan oleh Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan. Punca jangkitan masih dalam siasatan. 𝗞𝗟𝗨𝗦𝗧𝗘𝗥 𝗝𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗨𝗧𝗔𝗥𝗔, 𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛 Kluster ini dikenalpasti hasil saringan…
Read More101 kes : 97 tempatan 4 import
Terkini #COVID19Malaysia 29 Sept 2020 Kes sembuh=50 Jumlah kes sembuh= 9,939 kes Kes positif= 101 (kes import=4, kes tempatan=97) Jumlah positif= 11,135 kes Kes kematian= 0 Jumlah kes kematian= 134 Kes dirawat di ICU=13 kes Bantuan Alat Pernafasan=5 kes
Read More82 individu ingkar PKPP
SEBANYAK 82 individu ditahan atas kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam, berbanding 661 individu pada Ahad, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob. Kesalahan itu merangkumi 46 individu ditahan atas kesalahan tidak mematuhi penjarakan fizikal, 23 individu tidak memakai pelitup muka, 12 individu gagal menyediakan peralatan atau merekod butiran diri dan seorang ditahan ketika sedang berhibur di kelab malam. Dalam satu kenyataan hari ini, 29 September, daripada jumlah itu, 75 individu dikompaun, enam direman dan satu dijamin. Sementara itu bagi Operasi Benteng, Ismail Sabri berkata seramai 29 pendatang tanpa izin dan…
Read MoreUbah portfolio selepas 3 jam
KETUA Menteri Sabah, Hajiji Mohd Noor mengesahkan perubahan menteri dalam dua portfolio kanan Kabinet Negeri selepas lebih tiga jam Istiadat Angkat Sumpah yang berlangsung di Istana Negeri selesai. Ia membabitkan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan dan Kementerian Pembangunan Infrastruktur Sabah. Jelas Hajiji, portfolio Kementerian Pembangunan Infrastruktur Sabah akan digalas oleh Bung Moktar Radin yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah I. manakala Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan akan dipertanggungjawabkan kepada Masidi Manjun. Masidi juga sebagai Menteri Kewangan Kedua. “Saya melantik Masidi akan membantu kewangan terutama sekali untuk memulihkan ekonomi Sabah dan…
Read MoreAkhirnya Hajiji sah KM Sabah
PENGERUSI Perikatan Nasional (PN) Sabah Hajiji Noor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah Ke-16 di hadapan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin. Turut mengangkat sumpah di Istana Negeri Sabah di Kota Kinabalu pada 29 September adalah tiga Timbalan Ketua Menteri iaitu Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Bung Moktar Radin yang juga ADUN Lamag, Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Dr Jeffrey Kitingan (Tambunan), dan Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Dr Joachim Gunsalam (Kundasang). Bung Moktar turut mengangkat sumpah sebagai Menteri Kerajaan…
Read MoreCovid-19 ragut 1 juta jiwa
ANGKA kematian global akibat pandemik Covid-19 kini mencecah satu juta orang dengan Amerika Syarikat (AS) mendahului senarai tertinggi iaitu 205,031 orang daripada 1,000,555 kematian. Data Johns Hopkins University sehingga 9.30 pagi ini menunjukkan jumlah kes jangkitan yang direkodkan pula adalah 33,273,720 kes dan AS turut mendahului dengan 7,147,241 kes. India berada di kedudukan kedua dengan 6,074,702 kes diikuti Brazil 4,745,464 dan Rusia 1,154,299. Colombia dan Peru masing-masing merekodkan 818,203 dan 805,302 kes manakala Sepanyol 748,266, Mexico 730,317, Argentina 723,132, Afrika Selatan 671,669 dan Perancis 577,980. Chile merekodkan 459,671, Iran 449,960 dan United Kingdom…
Read MoreMaro & Malaysia Kita
IMBASAN 2019 MARO kata nama-nama dalam watak kartun Kosmorama ini adalah rekaan semata. Hakikatnya, nama-nama yang disebut memang wujud di Jabatan Pengarang sama ada pada masa lalu dan sekarang. Mungkin secara kebetulan. Mungkin ada yang nama sama, tidak tahu yang mana satu. Tetapi jika faktor usia di ambil kira, semua nama itu sudah pun bersara. Siapa pun watak itu yang memiliki nama Khalid, Aziz, Osman, Hassan, Siva dan Fauziah mengingatkan kembali suasana bekerja di Utusan khususnya Jabatan Pengarang. Semoga kartun karya Maro terus segar khususnya yang disiarkan di Utusan Malaysia,…
Read More