Covid-19 ragut 1 juta jiwa

ANGKA kematian global akibat pandemik Covid-19 kini mencecah satu juta orang dengan Amerika Syarikat (AS) mendahului senarai tertinggi iaitu 205,031 orang daripada 1,000,555 kematian.

Data Johns Hopkins University sehingga 9.30 pagi ini menunjukkan jumlah kes jangkitan yang direkodkan pula adalah 33,273,720 kes dan AS turut mendahului dengan 7,147,241 kes.

India berada di kedudukan kedua dengan 6,074,702 kes diikuti Brazil 4,745,464 dan Rusia 1,154,299.

Colombia dan Peru masing-masing merekodkan 818,203 dan 805,302 kes manakala Sepanyol 748,266, Mexico 730,317, Argentina 723,132, Afrika Selatan 671,669 dan Perancis 577,980.

Chile merekodkan 459,671, Iran 449,960 dan United Kingdom (UK) 441,565.

Tujuh negara mencatatkan lebih 300,000 kes iaitu Bangladesh 360,555, Iraq 353,566, Arab Saudi 333,648, Turki 315,845, Itali 311,364, Pakistan 310,841 dan Filipina 307,288.

Jerman pula merekodkan 288,631, Indonesia 278,722, Israel 233,265, Ukraine 206,579.

Tiga belas negara merekodkan lebih 100,000 kes iaitu Kanada 156,519, Ecuador 134,965, Bolivia 133,901, Qatar 125,311, Romania 123,944, Morocco 119,107, Netherlands 115,639, Belgium 114,179, Republik Dominica 111,666,Panama 111,277, Kazakhstan 107,775, Kuwait 103,981 Kuwait dan Mesir 102,955.

Sementara itu Brazil menduduki tempat kedua kematian tertinggi iaitu 142,058, India 95,542, Mexico 76,430,  UK 42,090, Itali 35,851, Peru 32,262, Perancis 31,744, Sepanyol 31,411, Iran 25,779, Colombia 25,641, Rusia 20,299, Afrika Selatan 16,586, Argentina 16,113, Chile 12,698, Ecuador 11,280 dan Indonesia 10,473.

Bagi kes sembuh pula, sebanyak 23,056,480 dilaporkan pulih dengan jumlah tertinggi 5,016,520 direkodkan di India, Brazil 4,197,372, AS 2,794,608, Rusia 942,619, Colombia 722,536, Peru 664,490, Mexico 616,696, Afrika Selatan 604,478.

Argentina 576,715, Chile 433,016, Iran 376,531, Arab Saudi 317,846, Pakistan 296,022, Iraq 284,784, Turki 277,052, Bangladesh 272,073, Jerman 252,693, Filipina 252,665, Itali 225,190 dan Indonesia 206,870.

Israel 165,191, Sepanyol 150,376, Kanada 133,866, Qatar 122,209, Ecuador 112,296 dan Kazakhstan 102,736.

Related posts

Leave a Comment