Akhirnya Hajiji sah KM Sabah

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN) Sabah Hajiji Noor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah Ke-16 di hadapan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin. 

Turut mengangkat sumpah di Istana Negeri Sabah di Kota Kinabalu pada 29 September adalah tiga Timbalan Ketua Menteri iaitu Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Bung Moktar Radin yang juga ADUN Lamag, Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR)  Dr Jeffrey Kitingan (Tambunan), dan Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Dr Joachim Gunsalam (Kundasang). 

Bung Moktar turut mengangkat sumpah sebagai Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Jeffrey (Menteri Pertanian dan Perikanan), dan Joachim (Menteri Pembangunan Perindustrian). 

Turut mengangkat sumpah hari ini Timbalan Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah Masidi Manjun sebagai Menteri Kerja Raya Sabah dan Setiausaha Agung PBS Jahid Jahim (Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah)

Turut hadir isteri Yang Dipertua Negeri Sabah Toh Puan Norlidah R M Jasni, Menteri Kanan (Keselamatan)  Ismail Sabri Yaakob merangkap Naib Presiden UMNO, Menteri Pertanian dan Industri Makanan Dr Ronald Kiandee yang juga Naib Presiden Bersatu, dan Timbalan Presiden PBS Radin Malleh. 

Related posts

Leave a Comment