Thailand catat 14 kes import

THAILAND terus mencatatkan kes import apabila 14kes baharu Covid-19  melibatkan mereka yang dikuarantin sejurus tiba dari Hong Kong, India, Sudan Selatan dan Turki.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, tujuh daripada kes baharu itu melibatkan anggota tentera yang tiba dari Sudan Selatan pada 22 September lalu selepas menyertai pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes 3,559.

Tiga lagi kes melibatkan pekerja wanita, dua berusia 28 tahun dan seorang lagi 50 tahun yang tiba dari Hong Kong pada 23 September dan dikuarantin di Bangkok. Turut tersenarai, tiga warga India iaitu wanita berusia 31 tahun bersama anak perempuannya berusia sembilan bulan manakala seorang lagi lelaki, 34 yang tiba dari India pada 23 September lalu.

Satu lagi kes, melibatkan wanita berusia 44 tahun yang tiba dari Turki pada 22 September .

Daripada 3,559 kes tempatan, 3,370 atau 94.7 peratus dilaporkan pulih manakala  130 lagi masih di hospital sementara kematian kekal 59

FILIPINA setakat pukul 4 petang hari ini, 29 September 2020, merekodkan 2,025 kes baharu Covid-19 yang membawa jumlah keseluruhan kes 309,303.

Jabatan Kesihatan (DoH) juga mengumumkan 68 kematian dan menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 5,448.

Sebanyak 290 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa jumlah keseluruhan pemulihan 252,930 sementara kes aktif 50,925.

SINGAPURA melaporkan  27 kes jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lepas dengan sembilan kes import menjadikan jumlah keseluruhan kes 57,742 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), terdapat satu kes dalam komuniti melibatkan pemegang pas kerja.

MoH berkata dua kes komuniti dilaporkan 28 September melibatkan rakyat Malaysia, kedua-duanya pemegang pas kerja dan berusia 26 tahun.

Setakat 28 September , terdapat 887 kes melibatkan pemegang pas jangka panjang dan pas kerja di republik itu dan dikategorikan di bawah kes komuniti.

Setakat ini, sebanyak 57,393 kes pulih sepenuhnya manakala 36 masih dirawat.

Sementara itu, 259 pesakit yang mempunyai gejala ringan atau sihat secara klinikal tetapi diuji positif  Covid-19 telah diasingkan dan dirawat di kemudahan komuniti.

Setakat ini, 27 orang meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 di republik itu dengan dua kematian pertama dalam satu hari dilaporkan pada 21 Mac

Related posts

Leave a Comment