Kes di Arab Saudi 334,187

ARAB Saudi pada Selasa, 29 September merekodkan 539 kes baharu koronavirus Covid-19; yang membawa jumlah kumulatif 334,187 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), sebanyak 27 kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam yang menjadikan jumlah kumulatif kematian 4,739.

Jumlah pesakit yang pulih sepenuhnya meningkat kepada 318,542 atau 95.31 peratus daripada keseluruhan kes termasuk 696 pesakit sembuh hari ini.

Kes aktif pula menunjukkan penurunan dengan 10,906 kes di mana 1,005 adalah kritikal.

Sementara itu Jeddah merekodkan kes harian tertinggi iaitu 61 diikuti Makkah 53, Madinah 46, Hafouf dan Riyadh masing-masing 35 kes dan Yanbu 34.

Related posts

Leave a Comment