Kembali kepada tiga angka

PUTRAJAYA: Kes positif Covid-19 kembali mencatatkan tiga angka dengan merekodkan 111 kes setakat pukul 12 tengah hari ini, 25 September menjadikan jumlah kumulatif 10,687 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah menerusi satu memaklumkan, daripada jumlah tersebut, 107 daripadanya adalah kes penularan tempatan manakala empat kes import.

Menurutnya, daripada 111 kes yang direkodkan, 97 kes adalah dari Sabah manakala selebihnya dari Semenanjung termasuk di Kedah dengan lapan kes.

Tambah beliau, sebanyak 30 pesakit dibenarkan discaj pada tempoh sama menjadikan jumlah kes aktif terkini adalah sebanyak 858 kes.

Terkini 25 Sept 2020

Kes sembuh=30

Jumlah kes sembuh= 9,696 kes

Kes positif= 111

(kes import=4, kes tempatan=107)

Jumlah positif= 10,687 kes

Kes kematian= 0

Jumlah kes kematian= 133

Kes dirawat di ICU= 4 kes

Bantuan Alat Pernafasan= 3 kes

Related posts

Leave a Comment