Filipina hampiri 300,000 kes

FILIPINA setakat pukul 4 petang hari ini, 25 September 2020, melaporkan 2,630 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah kes meningkat kepada 299,361. Kes aktif pula sebanyak 61,766. Jabatan Kesihatan (DOH) juga mengumumkan 494 kes pemulihan yang membawa jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 232,399. Sebanyak 69 kematian dilaporkan dan ini menjadikan jumlah mereka yang meninggal dunia kini 5,196. INDONESIA mencatatkan 4,823 kes positif baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, jumlah tertinggi sejak kes pertama dikesan di republik itu pada 2 Mac 2020. Berdasarkan perkembangan itu, jumlah keseluruhan kes positif meningkat kepada 266,845…

Read More

MB Terengganu dikuarantin

MENTERI Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar diarahkan menjalani kuarantin wajib selama 14 hari oleh Pengarah Kesihatan Negeri. Menurut kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Politik beliau, Muhyidin Abdul Rashid, arahan kuarantin ke atas Dr Ahmad Samsuri dibuat susulan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang itu memiliki kontak dengan dua individu positif Covid-19 beberapa hari lalu. Katanya,  Jabatan Kesihatan Negeri bertindak untuk mengenal pasti, menghubungi dan menjalankan ujian Covid-19 terhadap semua yang berkait dengan kontak berkenaan. Menurut beliau, pemantauan berterusan sedang dilakukan oleh pihak Jabatan Kesihatan Negeri. Sehubungan itu, semua program…

Read More

Angka terendah di Arab Saudi

ARAB Saudi merekodkan kes jangkitan harian Covid-19 terendah hari ini 25 September apabila kes baharu yang dilaporkan Kementerian Kesihatan (MoH) sebanyak 472 berbanding beberapa bulan lalu. Angka  terendah yang direkodkan sebelum ini adalah 483 kes yang dilaporkan pada 20 September lalu. Setakat ini jumlah keseluruhan kes adalah 332,329 dengan jumlah kematian pula meningkat kepada 4,625 termasuk 26 kematian terbaharu. Jumlah kes aktif pula 12,066 termasuk 1,053 kes kritikal. Di samping itu sebanyak 843 pesakit sembuh sepenuhnya yang membawa jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 315,636 atau mencecah 94.97 peratus daripada…

Read More

Zahid perlu beri penjelasan

“DALAM kehidupan, jika kita meletak akhirat di depan, pasti dunia akan menyusul sama. Jika kita letak dunia di hadapan, belum pasti akhirat akan turut serta. “Begitu juga dalam perjuangan. Jika kita letak perjuangan itu di depan, pasti segala apa halangan dan rintangan kita akan dapat selesaikan. “Tapi jika jika letak kepentingan diri sendiri itu di hadapan, maka kita sentiasa tidak akan jumpa jalan keluarnya. “Begitu juga sekarang. Jika kita letak perjuangan di depan dan faham akan asas terbentuknya gabungan Kerajaan ini, pasti kita akan jumpa jalan keluar dan kerajaan Melayu…

Read More

Kembali kepada tiga angka

PUTRAJAYA: Kes positif Covid-19 kembali mencatatkan tiga angka dengan merekodkan 111 kes setakat pukul 12 tengah hari ini, 25 September menjadikan jumlah kumulatif 10,687 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah menerusi satu memaklumkan, daripada jumlah tersebut, 107 daripadanya adalah kes penularan tempatan manakala empat kes import. Menurutnya, daripada 111 kes yang direkodkan, 97 kes adalah dari Sabah manakala selebihnya dari Semenanjung termasuk di Kedah dengan lapan kes. Tambah beliau, sebanyak 30 pesakit dibenarkan discaj pada tempoh sama menjadikan jumlah kes aktif terkini adalah sebanyak 858 kes. Terkini 25…

Read More

D614G mudah menjangkiti

MASYARAKAT perlu lebih berwaspada dan berhati-hati terhadap virus Covid-19 dengan mutasi D614G yang didapati lebih mudah menjangkiti individu lain dan mudah merebak. Justeru Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah mengingatkanmasyarakat agar mengamalkan sepenuhnya SOP yang ditetapkan iaitu: penjarakan fizikal, kebersihan kendiri yang tinggi terutama mencuci tangan dengan air dan sabun atau hand sanitizers. Mereka juga perlu memakai pelitup muka terutama di tempat awam, tempat sesak, tempat tertutup dan ketika sembang jarak dekat. Dapatkan bantuan kesihatan sekiranya bergejala. Berikut kenyataan beliau berhubung keputusan terkini dari makmal Institut Penyelidikan Perubatan (IMR).…

Read More

“Sehingga dititah menghadap“

PRESIDEN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Muhyiddin Yassin menegaskan, sehingga kini, beliau masih lagi sebagai Perdana Menteri melainkan dititah menghadap oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi memaklumkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sudah memenuhi kehendak Perlembagaan Persekutuan untuk menukar kerajaan. Bahkan, tegas Muhyiddin, sekiranya beliau sendiri sudah mengemukakan surat peletakan jawatan atau menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen, maka situasinya akan berbeza sama sekali. Menurut Perdana Menteri, beliau tidak mendapat sebarang pemakluman dititah menghadap Yang di-Pertuan Agong berhubung perkara tersebut. “Kalau itulah keadaannya, maka ia…

Read More

Menteri WP dikuarantin di KK

SETIAUSAHA  Agung Barisan Nasional (BN), Annuar Musa dikehendaki menjalani kuarantin di Kota Kinabalu, Sabah setelah menjadi kontak rapat Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Mohd Razlan Rafii yang disahkan positif Covid-19. Menteri Wilayah Persekutuan itu telah menerima perintah pengawasan dan pemerhatian bagi kontak jangkitan Covid-19 dari Pejabat Kesihatan Kota Kinabalu, hari ini, 25 September “Dengan perintah ini, saya dikehendaki menjalani kuarantin di kediaman di Kota Kinabalu bagi tempoh tertentu,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya. Annuar berkata beliau telah menjalani ujian RT-PCR di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dua hari lepas dan disahkan negatif. Katanya, beliau menjalani satu lagi ujian oleh Jabatan Kesihatan Kota Kinabalu hari…

Read More

Siapa MP UMNO sertai Anwar?

GARA-GARA tular, ramai yang tersenarai terpaksa ‘melayani’ senarai yang menyenaraikan mereka sebagai anggota Parlimen UMNO yang bakal memberi sokongan kepada Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Tidak pasti siapa yang bertanggungjawab mengeluarkan senarai itu sedangkan semasa sidang akhbar baru-baru ini, Anwar tidak menamakan termasuk jumlah siapa yang menyokongnya. Menurut senarai yang dipetik dari portal The Coverage, nama Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi dan mantan Perdana Menteri Najib Razak juga tersenarai. Berikut antara pemimpin yang menafikan Ahli Parlimen Besut, Idris Jusoh  “Saya menafikan dakwaan satu portal yang meletakkan nama saya sebagai salah…

Read More