76% populasi lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 15 Nov. – Sebanyak 76 peratus atau 24,809,677 individu daripada populasi keseluruhan negara telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 manakala 78.4 peratus atau 25,600,780 menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Berdasarkan data portal COVIDNOW, sebanyak 95.2 peratus atau 22,297,446 individu daripada populasi dewasa telah menerima dua dos suntikan vaksin manakala 22,865,060 atau 97.6 peratus mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi remaja pula, seramai 2,512,231 individu atau 79.8 peratus telah melengkapkan dua dos dan 2,735,720 individu atau 86.9 peratus mendapat satu dos.

Sementara itu, data kemajuan program imunisasi mengikut negeri bagi populasi keseluruhan menunjukkan, Kedah, Terengganu, Pahang, Kelantan dan Sabah masih merekodkan kadar vaksinasi di bawah 70 peratus.

Terdapat pertambahan 43,731 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi dewasa dan remaja.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah 51,196,152 dos.

Related posts

Leave a Comment