Kes harian turun di Arab Saudi

ARAB Saudi terus merekodkan penurunan kes jangkitan harian Covid-19 apabila Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 551 kes baharu hari ini, 19 September berbanding 576 kes semalam. Dengan pertambahan kes baharu itu, jumlah keseluruhan kes jangkitan ketika ini adalah 329,271. Sebanyak 15,383 kes masih aktif di mana 1,166 pesakit dalam keadaan kritikal. MoH juga mengumumkan 28 lagi pesakit meninggal dunia akibat wabak Covid-19 menjadikan jumlah kematian kini 4,458. Jumlah pesakit yang sembuh pula meningkat kepada 309,430 apabila 1,078 lagi pesakit dilaporkan sembuh hari ini. Sementara itu Jeddah merekodkan kes tertinggi dengan 51…

Read More

Kes harian tertinggi Indonesia

INDONESIA mencatatkan 4,168 kes positif baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, jumlah harian tertinggi sejak virus pandemik itu dikesan di republik itu pada 2 Mac lepas. Berdasarkan data dalam laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, jumlah kes positif keseluruhan kini meningkat kepada 240,687 kes, manakala 107,863 lagi pesakit masih dalam pemantauan. Bagi tempoh 12 tengah hari semalam hingga 12 tengah hari ini 19 September, sebanyak 112 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah kumulatif kini 9,448 orang. Provinsi Jakarta, yang kembali menguatkuasakan peraturan Pembatasan Sosial Berskala Besar (PSBB) selama dua minggu bermula…

Read More

Kluster baharu, Kluster Bakau

PUTRAJAYA: Satu lagi kluster baharu, Kluster Bakau di Semporna, Sabah, dilaporkan hari ini, 19 September dengan tiga kes dikesan positif Covid-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Kes indeks kluster ini merupakan seorang perempuan warga Filipina (kes ke-10145) yang juga kes kematian ke-129, dilaporkan semalam. Saringan Covid-19 kes indeks didapati positif pada 16 September 2020. Susulan itu, saringan kontak rapat dijalankan dan dua lagi kes positif Covid-19 bagi Kluster Bakau dikenal pasti, melibatkan satu warga tempatan dan satu warga Filipina. Mereka telah dimasukkan ke Hospital Tawau untuk rawatan. Setakat 12 tengah hari, sejumlah 109 individu…

Read More

20 kes baharu, satu kematian

PUTRAJAYA: Sebanyak 20 kes baharu melibatkan 17 kes penularan tempatan dan satu kematian dilaporkan di Kedah hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 kini sebanyak 10,167 dengan 130 kematian, manakala kes aktif dengan kebolehjangkitan berjumlah 722. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah. berkata bagi kes penularan tempatan, 14 kes melibatkan warga tempatan dan tiga bukan warganegara. Sebanyak sembilan kes dicatatkan di Kedah termasuk lapan daripada Kluster Sungai dan satu kes Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI) di Hospital Sultanah Bahiyah manakala lapan kes di Sabah. Tiga kes saringan rujukan ke Hospital Tawau dari Hospital Semporna yang melibatkan dua bukan warganegara;…

Read More

Kematian menghampiri 1 juta

JUMLAH kes Covid-19 di seluruh dunia kini melebihi 30 juta iaitu 30,504,864 dengan angka kematian  menghampiri satu juta  di mana catatan sehingga pukul 3 petang ini menunjukkan 951,841. Menurut data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat (AS) mencatat angka tertinggi dengan 6,724,667 kes dan 198,589 kematian, India 5,308,014 kes dan 85,619 kematian manakala Brazil 4,495,183 kes dengan 135,793 kematian. Rusia pula merekodkan 1,086,955 kes diikuti 750,471 Colombia, Peru 750,098, Mexico 688,954, Afrika Selatan 657,627, Sepanyol 640,040 dan Argentina 613,658. Tiga negara merekodkan lebih 400,000 kes iaitu Perancis 467,421, Chile  442,827 dan Iran 416,198. United Kingdom (UK)…

Read More

Sampai bila Melayu terus berkomentar isu Mandarin?

LAGI isu bahasa Mandarin. Sebelum ini kecoh apabila Lim Guan Eng menggunakan bahasa Mandarin berhubung kenyataan media beliau selaku Menteri Kewangan. Pelbagai alasan diberi bagi mewajarkan tindakannya sedangkan pengamal media wajib ‘menguasai bahasa’ sekurang-kurangnya bahasa Inggeris. Bahasa Mandarin juga menimbulkan kontroversi apabila ada tanda nama jalan turut menggunakan bahasa Cina di Shah Alam sehingga menimbulkan teguran daripada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menitahkan supaya semua papan tanda berkenaan diturunkan. Dan ketika cuti sambutan Maal Hijrah baru-baru ini, DAP pula sibuk menaikkan tulisan Cina di papan-papan tanda di sekitar…

Read More

3,891 kes baharu Indonesia

INDONESIA mencatatkan 3,891 kes positif baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan kes keseluruhan di republik itu kini meningkat kepada 236,519. Berdasarkan data yang disiarkan di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, 18 September, sebanyak 104,866 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus berkenaan. Bagi tempoh 12 tengah hari Khamis sehingga 12 tengah hari Jumaat itu juga, sebanyak 114 lagi kematian dilaporkan menjadikan jumlah kematian kumulatif kini 9,336 orang. Jakarta, yang dikenakan kembali peraturan Pembatasan Sosial Berskala Besar (PSBB) selama dua minggu bermula Isnin lepas, masih mencatatkan kes positif keseluruhan…

Read More

Thailand catat kematian baharu

THAILAND merekodkan kematian ke-59 akibat Covid-19 selepas lebih 100 hari sifar kematian. Kes melibatkan seorang lelaki warga tempatan berusia 54 tahun yang kembali dari Arab Saudi awal bulan ini. Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Perubatan Dr Somsak Akksilp berkata, lelaki tersebut, penterjemah di Kementerian Buruh di Riyadh dijangkiti Covid-19 pada Julai lalu dan dirawat di Hospital King Fahad di Riyadh. Menurutnya pesakit yang mempunyai gejala pneumonia itu bergantung pada bantuan pernafasan sejak 10 Ogos lalu dan keluarganya memohon dia dibawa balik ke Thailand. Pesakit yang diuji negatif Covid-19 tiba di Bangkok pada 2…

Read More