Kematian menghampiri 1 juta

JUMLAH kes Covid-19 di seluruh dunia kini melebihi 30 juta iaitu 30,504,864 dengan angka kematian  menghampiri satu juta  di mana catatan sehingga pukul 3 petang ini menunjukkan 951,841.

Menurut data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat (AS) mencatat angka tertinggi dengan 6,724,667 kes dan 198,589 kematian, India 5,308,014 kes dan 85,619 kematian manakala Brazil 4,495,183 kes dengan 135,793 kematian.

Rusia pula merekodkan 1,086,955 kes diikuti 750,471 Colombia, Peru 750,098, Mexico 688,954, Afrika Selatan 657,627, Sepanyol 640,040 dan Argentina 613,658.

Tiga negara merekodkan lebih 400,000 kes iaitu Perancis 467,421, Chile  442,827 dan Iran 416,198.

United Kingdom (UK) pula merekodkan  388,416 kes, Bangladesh 345,805, Arab Saudi 328,720, Iraq 311,690 dan Pakistan 305,031 manakala lima negara merekodkan lebiih 200,000 kes iaitu Turki 299,810, Itali  294,932, Filipina 279,526 , Jerman 272,503 dan Indonesia 236,519.

Israel pula mencatatkan 179,071 kes, Ukraine 176,943, Kanada 144,053, Bolivia 130,051, Ecuador 124,129, Qatar 122,917, Romania 110,217, Kazakhstan 107,199, Republik Dominica 106,732, Panama 104,879 dan Mesir 101,772.

Bagi kematian pula, Mexico merekodkan 72,803 kematian diikuti  United Kingdom 41,821, Itali 35,668, Perancis 31,257 , Peru 31,146, Sepanyol 30,495, Iran 23,952 dan Colombia 23,665.

Rusia pula merekodkan  19,128, Afrika Selatan 15,857, Argentina 12,656, Chile 12,199 dan Ecuador 11,044.

Sementara itu, 20,781,266 pesakit dilaporkan sembuh dengan India merekodkan 4,208,431, Brazil 3,897,539, AS 2,556,465, Rusia 898,420 dan Colombia 615,457, Peru 594,513 dan Afrika Selatan 586,844.

Mexico merekodkan 582,109, Argentina 467,286, Chile 415,981, Iran 355,505 dan Arab Saudi 308,352. Pakistan 292,044 dan Turki 264,805, Bangladesh 252,335, Iraq 245,305, Jerman 240,456, Itali 216,807, Filipina 208,790 dan Indonesia 170,774.

Related posts

Leave a Comment