Kes harian turun di Arab Saudi

ARAB Saudi terus merekodkan penurunan kes jangkitan harian Covid-19 apabila Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 551 kes baharu hari ini, 19 September berbanding 576 kes semalam.

Dengan pertambahan kes baharu itu, jumlah keseluruhan kes jangkitan ketika ini adalah 329,271. Sebanyak 15,383 kes masih aktif di mana 1,166 pesakit dalam keadaan kritikal.

MoH juga mengumumkan 28 lagi pesakit meninggal dunia akibat wabak Covid-19 menjadikan jumlah kematian kini 4,458.

Jumlah pesakit yang sembuh pula meningkat kepada 309,430 apabila 1,078 lagi pesakit dilaporkan sembuh hari ini.

Sementara itu Jeddah merekodkan kes tertinggi dengan 51 kes, diikuti Makkah 50, Madinah 42, Hufof 37, Yanbu  31, Riyadh  29, Al-Mobarraz dan Baljarshi masing-masing 24.

Related posts

Leave a Comment