3,891 kes baharu Indonesia

INDONESIA mencatatkan 3,891 kes positif baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan kes keseluruhan di republik itu kini meningkat kepada 236,519.

Berdasarkan data yang disiarkan di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, 18 September, sebanyak 104,866 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus berkenaan.

Bagi tempoh 12 tengah hari Khamis sehingga 12 tengah hari Jumaat itu juga, sebanyak 114 lagi kematian dilaporkan menjadikan jumlah kematian kumulatif kini 9,336 orang.

Jakarta, yang dikenakan kembali peraturan Pembatasan Sosial Berskala Besar (PSBB) selama dua minggu bermula Isnin lepas, masih mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi iaitu 59,840 kes, dengan tambahan 1,258 kes baharu.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 2,922 orang, diikuti Jakarta (1,517), Jawa Tengah (1,203), Kalimantan Selatan (394), Sumatera Utara (389), Sulawesi Selatan (387) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

Related posts

Leave a Comment