Kes harian turun di Arab Saudi

KES jangkitan harian Covid-19 di Arab Saudi menunjukkan penurunan apabila Kementerian Kesihatan merekodkan 593 kes, jumlah yang terendah berbanding kira-kira empat bulan lalu.

Setakat hari ini, Khamis, 17 September, jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Arab Saudi meningkat kepada 328,144 kes.

Jumlah kematian juga menunjukkan peningkatan apabila 30 lagi pesakit meninggal dunia menjadikan 4,399 kematian.

Sebanyak 1,203 lagi pesakit sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 307,207.

Kes aktif pula 16,538 kes di mana 1,180 dalam keadaan kritikal.

Sementara itu Jeddah merekodkan kes tertinggi iaitu 55 kes diikuti Makkah 50, Madinah 40, Riyadh 39 dan Hafouf 38.

Related posts

Leave a Comment