Filipina, Indonesia tambah kes

INDONESIA mencatatkan 3,635 kes positif baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam menjadikan kes keseluruhan berjumlah 232,628. Berdasarkan data rasmi pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, hari ini, 17 September, sebanyak 103,209 pesakit masih dalam pemantauan. Bagi tempoh 12 tengah hari semalam hingga 12 tengah hari ini, sebanyak 122 lagi kematian dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif meninggal dunia 9,222 orang. Jakarta masih mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi dengan 58,582 kes susulan tambahan 1,113 kes baharu. Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 2,896 orang, diikuti Jakarta (1,495), Jawa Tengah (1,195), Kalimantan Selatan (392),…

Read More

Kes harian turun di Arab Saudi

KES jangkitan harian Covid-19 di Arab Saudi menunjukkan penurunan apabila Kementerian Kesihatan merekodkan 593 kes, jumlah yang terendah berbanding kira-kira empat bulan lalu. Setakat hari ini, Khamis, 17 September, jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Arab Saudi meningkat kepada 328,144 kes. Jumlah kematian juga menunjukkan peningkatan apabila 30 lagi pesakit meninggal dunia menjadikan 4,399 kematian. Sebanyak 1,203 lagi pesakit sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 307,207. Kes aktif pula 16,538 kes di mana 1,180 dalam keadaan kritikal. Sementara itu Jeddah merekodkan kes tertinggi iaitu 55 kes diikuti Makkah…

Read More

16 tempatan lima import

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan 21 kes jangkitan Covid-19 pada Khamis, 17 September menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan itu sebanyak 10,052 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 16 kes merupakan penularan tempatan membabitkan 15 warganegara dan satu bukan warganegara manakala lima lagi kes import membabitkan rakyat tempatan. Katanya, sebanyak 15 kes lagi telah pulih dan dibenarkan pulang menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sebanyak 9,250 kes. Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 674 kes dengan 13 kes ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala…

Read More

IMBASAN: Perubahan wajah

BESAR KEPADA KECIL, KEMUDIAN ‘HILANG” SEMALAM dan hari ini, bertarikh 16 dan 17 September 2018, Utusan Malaysia (UM) dan Mingguan Malaysia (MM) berubah wajah. Saiz broadsheet atau besar bertukar kepada kompak @ tabloid. Selepas lebih separuh abad, MM yang dilahirkan pada 30 Ogos 1964 bertukar kepada saiz ‘kecil’ mulai 9 September 2018. UM pula yang mula diterbitkan pada 1 September 1967 bertukar saiz mulai 16 September 2018. Malangnya perubahan saiz tu hanya mampu bertahan lebih kurang setahun. Utusan Melayu menutup operasi akhbar itu dan 9 Oktober 2019 adalah keluaran terakhir…

Read More

Operasi ‘Musang King’ tumpas bisnes dadah

OPERASI ‘Musang King’ Biro Kawalan Narkotik (BKN) Brunei Darussalam berjaya menumpaskan bisnes keluarga yang terlibat dengan aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah. Dalam operasi pada 10 September lalu yang dilakukan secara serentak di tiga buah rumah berasingan, di Jalan Junjongan, Kampung Limau Manis, BKN menahan 13 orang warga tempatan yang disyaki terlibat. Mereka terdiri daripada sembilan lelaki dan empat perempuan berumur 18 hingga 59 tahun manakala hasil rampasan pula adalah dadah, wang dan harta benda. Menurut laporan pelitabrunei ini adalah rampasan terbesar pernah dicatatkan oleh BKN. Kegiatan mereka merupakan bisnes dadah keluarga…

Read More

Syed Saddiq daftar Muda

AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengemukakan permohonan pendaftaran parti baharu Ikatan Demokratik Malaysia (Muda Malaysia) yang terbuka kepada semua lapisan masyarakat dan pelbagai kaum. Dengan bertulang belakangkan oleh 13 penaja, parti itu turut melibatkan bekas pemimpin pelajar serta berlatar belakangkan pelbagai profesion. “Struktur organisasi kita akan maklumkan kemudian tetapi kami mempunyai 13 penaja yang terdiri daripada pelbagai latar belakang,” katanya selepas selesai membuat permohonan di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) di Putrajaya pagi ini, 17 September . Beliau berkata, Muda Malaysia tidak boleh dilihat hanya pada faktor…

Read More

Covid-19: 937,000 meninggal

ANGKA kematian global akibat Covid-19 meningkat lebih 6,000 kes dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah kumulatif kematian mencecah 937,000 kes. Data Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) mendahului dengan 196,732 kes diikuti Brazil 134,106 ,  India 82,066, Mexico 71,978, United Kingdom 41,773, Itali 35,645. Perancis pula mencatatkan 31,056, Peru 30,927,  Sepanyol 30,243, Iran 23,632, Colombia 23,288, Rusia 18,853, Afrika Selatan 15,705, Argentina 12,116, Chile 12,058 dan Ecuador 10,996. Bagi kes sembuh pula, daripada 20,208,568 kes yang dilaporkan, India mencatatkan 3,942,360 kes pulih diikuti Brazil 3,835,119 dan Amerika Syarikat 2,525,573. Rusia 887,457, Colombia 607,978,…

Read More

Kematian kini cecah 939,175

INDIA merekodkan lebih 5 juta kes jangkitan Covid-19 setakat pukul 10 pagi ini 17 September dengan 90,123 kes baharu disahkan dalam tempoh 24 jam terakhir, menjadikan 5,020,359 kes. Dalam tempoh yang sama, India juga mencatatkan 1,290 kematian menjadikan jumlah keseluruhan angka korban di India sebanyak 82,066, kematian ketiga tertinggi. Data Johns Hopkins University menunjukkan jumlah keseluruhan kes adalah 29,751,156 dengan kematian 939,175 manakala kes sembuh pula 20,208,568. Amerika Syarikat (AS) mendahului kes jangkitan dan kematian dengan merekodkan 6,629,357 kes dan 196,732 meninggal dunia. Brazil menduduki tempat ketiga kes jangkitan dengan 4,419,083 kes…

Read More

Al-Aqsa ditutup tiga minggu

MASJID Al-Aqsa ditutup buat kali kedua tahun ini selama tiga minggu bermula Jumaat ini berikutan peningkatan mendadak kes jangkitan Covid-19. Sebelum ini, pekarangan Masjid Al-Aqsa ditutup pada Mac lalu akibat ancaman Covid-19 yang semakin memuncak. Pihak berkuasa pentadbiran masjid tersebut Majlis Wakaf Islam (Wakaf) memaklumkan keputusan itu dibuat selepas mesyuarat tergempar anggota Wakaf dengan pegawai kesihatan. Ini berikutan Israel dan Palestin melaporkan peningkatan ketara jangkitan virus berkenaan. Anggota Wakaf, Hatem Abdel Qader, memberitahu pihaknya berharap orang ramai memahami keperluan melaksanakan keputusan itu demi kesihatan dan keselamatan mereka sendiri. Bagaimanapun azan…

Read More