Filipina, Indonesia tambah kes

INDONESIA mencatatkan 3,635 kes positif baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam menjadikan kes keseluruhan berjumlah 232,628.

Berdasarkan data rasmi pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, hari ini, 17 September, sebanyak 103,209 pesakit masih dalam pemantauan.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam hingga 12 tengah hari ini, sebanyak 122 lagi kematian dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif meninggal dunia 9,222 orang.

Jakarta masih mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi dengan 58,582 kes susulan tambahan 1,113 kes baharu.

Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 2,896 orang, diikuti Jakarta (1,495), Jawa Tengah (1,195), Kalimantan Selatan (392), Sulawesi Selatan (386) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

FILIPINA merekodkan 3,375 kes baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 276,289 kes. Kes aktif pula 63,408.

Menurut Jabatan Kesihatan (DoH), jumlah kematian yang dilaporkan adalah 42 orang yang membawa jumlah keseluruhan 4,108.

DoH juga mengumumkan 317 pesakit pulih yang membawa jumlah pemulihan meningkat kepada 208,096..

SINGAPURA mengesahkan 18 kes baharu jangkitan  Covid-19 dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah keseluruhan kes mencecah 57,532. 

Terdapat satu kes komuniti melibatkan seorang pemegang pas kerja.

Menurut Kementerian Kesihatan (MOH) sebanyak dua kes import diserahkan Notis Duduk di Rumah sebaik sahaja tiba di Singapura.

Sebanyak 56,955 kes sudah pulih sepenuhnya daripada jangkitan dan didiscaj daripada hospital atau pusat penjagaan komuniti.

Setakat 12 tengah hari semalam, 42 kes disahkan masih lagi di hospital .

THAILAND melaporkan tiada kes baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah kes kekal 3,490. Begitu juga jumlah kematian kekal 58 sejak  2 Jun lalu.

Sebanyak 3,325 atau 95 peratus daripada jumlah kes yang direkodkan telah pulih manakala 107 pesakit masih dirawat di hospital.

Related posts

Leave a Comment