Covid-19: 937,000 meninggal

ANGKA kematian global akibat Covid-19 meningkat lebih 6,000 kes dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah kumulatif kematian mencecah 937,000 kes.

Data Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) mendahului dengan 196,732 kes diikuti Brazil 134,106 ,  India 82,066, Mexico 71,978, United Kingdom 41,773, Itali 35,645.

Perancis pula mencatatkan 31,056, Peru 30,927,  Sepanyol 30,243, Iran 23,632, Colombia 23,288, Rusia 18,853, Afrika Selatan 15,705, Argentina 12,116, Chile 12,058 dan Ecuador 10,996.

Bagi kes sembuh pula, daripada 20,208,568 kes yang dilaporkan, India mencatatkan 3,942,360 kes pulih diikuti Brazil 3,835,119 dan Amerika Syarikat 2,525,573.

Rusia 887,457, Colombia 607,978, Afrika Selatan 584,195, Peru 580,753, Mexico 574,203. Argentina pula merekodkan 448,263, Chile 411,853, Iran 352,019, Arab Saudi 306,004.

Pakistan 290,760, Turki 262,602, Bangladesh 247,969, Iraq 237,241, Jerman 236,623, Itali 215,265 dan Filipina 207,858 .

Related posts

Leave a Comment