7,857 kes tertinggi, 59 kematian

PUTRAJAYA 27 Mei – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan kes harian tertinggi hari ini dengan 7,857 kes baharu yang menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 541,224 kes.

Daripada jumlah itu, sebanyak lapan kes import melibatkan dua warganegara, enam bukan warganegara manakala daripada 7,849 kes tempatan, sebanyak 7,340 dan 509 bukan warganegara.

Sebanyak 4,598 kes sembuh dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes sembuh 469,325 manakala kes aktif 69,408.

Setakat ini 771 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 392  memerlukan bantuan pernafasan.

Jumlah kumulatif kematian pula meningkat kepada 2,491 orang termasuk 59 pesakit yang meninggal dunia hari ini.

Kes kematian hari ini melibatkan 19 kes di Selangor, sembilan di Sarawak, tujuh di Johor, enam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, lima di Kelantan, empat di Negeri Sembilan, tiga  di Pulau Pinang, dua di Kedah, serta masing-masing satu di Sabah, Melaka, Perak, dan Terengganu.

Related posts

Leave a Comment