Kematian kini cecah 939,175

INDIA merekodkan lebih 5 juta kes jangkitan Covid-19 setakat pukul 10 pagi ini 17 September dengan 90,123 kes baharu disahkan dalam tempoh 24 jam terakhir, menjadikan 5,020,359 kes.

Dalam tempoh yang sama, India juga mencatatkan 1,290 kematian menjadikan jumlah keseluruhan angka korban di India sebanyak 82,066, kematian ketiga tertinggi.

Data Johns Hopkins University menunjukkan jumlah keseluruhan kes adalah 29,751,156 dengan kematian 939,175 manakala kes sembuh pula 20,208,568.

Amerika Syarikat (AS) mendahului kes jangkitan dan kematian dengan merekodkan 6,629,357 kes dan 196,732 meninggal dunia.

Brazil menduduki tempat ketiga kes jangkitan dengan 4,419,083 kes dan 134,106 kematian, iaitu kedua tertinggi.

Rusia pula mencecah 1 juta kes iaitu 1,075,485 diikuti Peru 738,020, Colombia 728,590, Mexico 680,931, Afrika Selatan 653,444, Sepanyol  614,360 dan Argentina 589,012.

Perancis merekodkan 443,869 kes, Chile 439,287, Iran 410,334, United Kingdom 380,668, Bangladesh 342,671, Arab Saudi 327,551, Pakistan 303,089 dan Iraq 303,059.

Dua negara ASEAN berada di kelompok 200,000 kes didahului Turki yang merekodkan 296,391, Itali 291,442, Filipina 272,934, Jerman 266,869 dan Indonesia 228,993.

Dua belas negara pula merekodkan lebih 100,000 kes iaitu Israel 170,465, Ukraine 166,694, Kanada 141,852, Bolivia 128,286, Qatar 122,449, Ecuador 121,525, Romania 107,011, Kazakhstan 106,984, Republik Dominica 105,521, Panama 103,466 dan Mesir 101,500.

Related posts

Leave a Comment