Operasi ‘Musang King’ tumpas bisnes dadah

OPERASI ‘Musang King’ Biro Kawalan Narkotik (BKN) Brunei Darussalam berjaya menumpaskan bisnes keluarga yang terlibat dengan aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah.

Dalam operasi pada 10 September lalu yang dilakukan secara serentak di tiga buah rumah berasingan, di Jalan Junjongan, Kampung Limau Manis, BKN menahan 13 orang warga tempatan yang disyaki terlibat.

Mereka terdiri daripada sembilan lelaki dan empat perempuan berumur 18 hingga 59 tahun manakala hasil rampasan pula adalah dadah, wang dan harta benda.

Menurut laporan pelitabrunei ini adalah rampasan terbesar pernah dicatatkan oleh BKN.

Kegiatan mereka merupakan bisnes dadah keluarga terbesar, di negara ini, yang sangat aktif dan merupakan pembekal terbesar dadah jenis syabu, yang mempunyai jaringan pengedaran di seluruh negara.

Hasil daripada serbuan dan pemeriksaan yang dijalankan, di kesemua kediaman terbabit juga kenderaan suspek menemui beberapa kotak plastik yang berisi pecahan dan ketulan hablur, dipercayai dadah jenis Syabu, dadah Kelas ‘A’ melebihi 19 kilogram atau 19,000 gram yang dianggarkan mempunyai nilai pasaran melebihi BND3,700,000.00.

 Antara rampasan yang signifikan, yang dipercayai hasil daripada aktiviti pengedaran dadah adalah sejumlah wang tunai, termasuk beberapa mata wang asing yang dianggarkan melebihi BND250,000.00; pelbagai barangan kemas, seperti emas; barangan berjenama, terdiri daripada jam tangan dan beg tangan; peralatan gim dan elektronik; perabot rumah; 13 buah kereta; dua buah bot; dan sebuah motosikal.

 Turut dijumpai, sebanyak 202 karton rokok pelbagai jenama dan diserahkan ke Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) untuk tindakan selanjutnya.

 

Related posts

Leave a Comment