Al-Aqsa ditutup tiga minggu

MASJID Al-Aqsa ditutup buat kali kedua tahun ini selama tiga minggu bermula Jumaat ini berikutan peningkatan mendadak kes jangkitan Covid-19.

Sebelum ini, pekarangan Masjid Al-Aqsa ditutup pada Mac lalu akibat ancaman Covid-19 yang semakin memuncak.

Pihak berkuasa pentadbiran masjid tersebut Majlis Wakaf Islam (Wakaf) memaklumkan keputusan itu dibuat selepas mesyuarat tergempar anggota Wakaf dengan pegawai kesihatan.

Ini berikutan Israel dan Palestin melaporkan peningkatan ketara jangkitan virus berkenaan.

Anggota Wakaf, Hatem Abdel Qader, memberitahu pihaknya berharap orang ramai memahami keperluan melaksanakan keputusan itu demi kesihatan dan keselamatan mereka sendiri.

Bagaimanapun azan akan terus berkumandang di bandar lama Baitulmuqaddis dan kakitangan Wakaf dibenarkan menunaikan solat di dalam masjid.

Penutupan itu juga secara kebetulan bersamaan dengan perintah berkurung dilaksanakan Israel, yang mengawal pintu masuk ke pekarangan masjid itu.

Pihak berkuasa Israel melaporkan hampir 167,000 kes COVID-19 termasuk 1,147 kematian manakala di Tebing Barat, 214 dilaporkan maut akibat virus itu manakala lebih 30,200 kes direkodkan pihak berkuasa Palestin.

Related posts

Leave a Comment