Penurunan kes di Arab Saudi

ARAB Saudi terus mencatatkan penurunan kes jangkitan harian Covid-19 apabila Kementerian Kesihatan merekodkan 601 kes hari ini berbanding 643 kes semalam, Sabtu 12 September 2020. Bagaimanapun jumlah kumulatif kes Covid-19 yang direkodkan di negara itu terus meningkat kepada 325,651 kes. Untuk rekod, Arab Saudi pernah mencatatkan jumlah kes harian yang tinggi iaitu 4,301 pada 19 Jun lalu. Jumlah kematian juga menunjukkan peningkatan apabila 28 lagi pesakit meninggal dunia yang membawa kepada 4,268 orang.. Pada masa yang sama, jumlah pesakit yang sembuh pula meningkat kepada 302,870 di mana 1,034 lagi pesakit…

Read More

Kes tinggi di Filipina, Indonesia

FILIPINA dan Indonesia mencatatkan kes jangkitan dan kematian tertinggi akibat pandemik Covid-19 berbanding negara anggota ASEAN yang lain . Hari ini, Ahad, 13 September, kedua-dua negara merekodkan lebih 3,000 kes jangkitan harian dan 70 kematian Jabatan Kesihatan Filipina (DoH) melaporkan setakat pukul 4 petang hari ini, sebanyak 3,372 kes dilaporkan, menjadikan jumlah keseluruhan kes 261,216. Sebanyak 79 lagi kematian dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan pesakit yang meninggal dunia meningkat kepada 4,371. DoH juga mengumumkan sebanyak 20,472 pesakit sembuh yang membawa kepada peningkatan pesakit pulih sebanyak 207,568. Kes aktif pula 49,277.…

Read More

47 kes : 45 tempatan, 2 import

PUTRAJAYA: Kes jangkitan baharu Covid-19 terus mencatatkan penurunan sejak 24 jam lalu dengan angka yang dilaporkan hari ini 13 September ialah 47 berbanding 58 pada Sabtu. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 45 kes merupakan penularan tempatan manakala dua kes adalah jangkitan luar negara. Dalam satu kenyataan, beliau berkata, jumlah itu menjadikan kes keseluruhan direkodkan sebanyak 9,915 kes. Daripada 45 kes penularan tempatan, 28 kes melibatkan warganegara manakala 17 kes membabitkan warga asing dan dua kes import juga dalam kalangan warga asing. Jumlah kes…

Read More

Siapakah pemilik bangunan ini?

IMBASAN…Tarikh 13 September 2013, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan bangunan ibu pejabat Utusan Melayu (Malaysia) Berhad di Jalan Enam off Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur. Sempena perasmian bangunan itu juga, Najib mengumumkan nama Jalan Enam sebagai Jalan Utusan. Hari ini, genap tujuh tahun traikh perasmiannya. Bukan mudah untuk Utusan Melayu memiliki bangunan sehebat ini. Bangunan seumpama ini hanya menjadi kenyataan ketika usia Utusan Melayu sedang mencecah 75 tahun. Namun pada usia 80 tahun, Utusan Melayu nazak dan akhirnya ‘mati’, Kini bnagunan yang menjadi kebanggaan warga kerja…

Read More

10,000 masih dikuarantin

SETAKAT semalam, 12 September, seramai 28,063 rakyat Malaysia pulang ke tanah air dari 32 negara melalui pintu masuk sempadan antarabangsa sejak 24 Julai lalu, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob. Daripada jumlah itu, seramai 10,187 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib di 69 hotel dan lapan premis lain termasuk Institut Latihan Awam dan institusi pengajian swasta manakala 69 individu dihantar ke hospital untuk rawatan. “Seramai 17,807 individu telah didiscaj dan dibenarkan pulang,” katanya dalam satu kenyataan. Mereka yang terbabit pulang dari Filipina, Thailand, Indonesia, Kemboja, Singapura, Vietnam, Brunei, Qatar, Pakistan, Arab Saudi, Hong Kong, India, Emiriyah Arab…

Read More

Pokok dan kunci jadi pilihan

MELIHAT pokok dan kunci yang menjadi simbol pilihan calon Bebas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini, teringat simbol sama yang pernah digunakan oleh Shahril Samad semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Johor Bahru pada 1988. Beliau menang mengalahkan calon Barisan Nasional (BN). Pokok pula baru-baru ini digunakan oleh Amir Khusyairi Mohamad Tanusi calon Bebas yang mewakili Pejuang pimpinan Dr. Mahathir Mohamad semasa PRK DUN Slim di Perak pada 29 Ogos lalu. Beliau kalah kepada calon BN. Semalam, 12 September, semasa hari penamaan calon pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) PRN Sabah…

Read More

Tahniah Maro

WALAUPUN kartun Malaysia Kita pernah terhenti akibat penutupan akhbar Utusan Malaysia, namun karyanya tidak terputus. Peminat masih boleh menatap karya Maro melalui koleksi Malaysia Kita. Kelmarin karya Maro yang juga ada di dalam koleksi Malaysia Kita memenangi anugerah sempena Malam Wartawan Malaysia 2020. Tahniah.

Read More