47 kes : 45 tempatan, 2 import

PUTRAJAYA: Kes jangkitan baharu Covid-19 terus mencatatkan penurunan sejak 24 jam lalu dengan angka yang dilaporkan hari ini 13 September ialah 47 berbanding 58 pada Sabtu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 45 kes merupakan penularan tempatan manakala dua kes adalah jangkitan luar negara.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata, jumlah itu menjadikan kes keseluruhan direkodkan sebanyak 9,915 kes.

Daripada 45 kes penularan tempatan, 28 kes melibatkan warganegara manakala 17 kes membabitkan warga asing dan dua kes import juga dalam kalangan warga asing.

Jumlah kes sembuh pula sebanyak tujuh kes menjadikan jumlah kumulatif telah pulih sebanyak 9,196 kes (92.75 peratus).

Beliau memberitahu, sebanyak 591 kes masih dalam kategori aktif dan telah diasingkan dan sedang dalam rawatan.

Daripada jumlah itu, sembilan kes ditempatkan dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) dan empat empat daripada memerlukan alat bantuan pernafasan.

Tiada pertambahan kematian direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kekal sebanyak 128 kes (1.29 peratus).

Related posts

Leave a Comment