Kes tinggi di Filipina, Indonesia

FILIPINA dan Indonesia mencatatkan kes jangkitan dan kematian tertinggi akibat pandemik Covid-19 berbanding negara anggota ASEAN yang lain .

Hari ini, Ahad, 13 September, kedua-dua negara merekodkan lebih 3,000 kes jangkitan harian dan 70 kematian

Jabatan Kesihatan Filipina (DoH) melaporkan setakat pukul 4 petang hari ini, sebanyak 3,372 kes dilaporkan, menjadikan jumlah keseluruhan kes 261,216.

Sebanyak 79 lagi kematian dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan pesakit yang meninggal dunia meningkat kepada 4,371.

DoH juga mengumumkan sebanyak 20,472 pesakit sembuh yang membawa kepada peningkatan pesakit pulih sebanyak 207,568. Kes aktif pula 49,277.

Sementara itu, Indonesia merekodkan 3,636 kes baharu sekaligus meningkatkan jumlah kumulatif kepada 218,382.

Menurut data yang disiarkan di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, jumlah kematian pula meningkat kepada 8,723 orang termasuk 73 kematian yang dilaporkan hari ini.

Mengenai kes sembuh, jumlah pesakit yang dilaporkan pulih hari ini adalah sebanyak 2,552 yang membawa jumlah keseluruhan kes sembuh 155,010 sementara kes aktif pula 54,649 kes.

Related posts

Leave a Comment