Penurunan kes di Arab Saudi

ARAB Saudi terus mencatatkan penurunan kes jangkitan harian Covid-19 apabila Kementerian Kesihatan merekodkan 601 kes hari ini berbanding 643 kes semalam, Sabtu 12 September 2020.

Bagaimanapun jumlah kumulatif kes Covid-19 yang direkodkan di negara itu terus meningkat kepada 325,651 kes.

Untuk rekod, Arab Saudi pernah mencatatkan jumlah kes harian yang tinggi iaitu 4,301 pada 19 Jun lalu.

Jumlah kematian juga menunjukkan peningkatan apabila 28 lagi pesakit meninggal dunia yang membawa kepada 4,268 orang..

Pada masa yang sama, jumlah pesakit yang sembuh pula meningkat kepada

302,870 di mana 1,034 lagi pesakit disahkan sembuh dan dibenarkan keluar dari hospital.

Sementara itu, Jeddah mencatatkan kes harian yang tinggi hari ini iaitu 53 kes, Hufof dan Makkah masing-masing merekodkan 44 kes, Riyadh 40, Dammam 31, iMadinah 30 dan 24 kes di Al-Mobarraz dan Hail.

Related posts

Leave a Comment